Tercari tempat best untuk berbuka puasa ramai ramai nanti ? Aku ada satu tempat nak syorkan kat korang. Masukkan dalam senarai wajib pergi nanti ! Hehehehe.. Mana ? Alaa.. tanya laaakk.. Tuuuu haa ..tajuk pun dah kasi tau dah ! Yer laaa , Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Hotel wajib aku buka puasa bersama wife jika berkesempatan atau dia teringin nak berbuka di luar.
Tahun ni Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur buat sedikit kelainan tapi masih mengekalan aroma masakan mereka yang sedap belaka itu. Dengan tema " Halaman Haji Saad " , Chef Haji Saad dan anak buahnya menawarkan juadah berbuka puasa yang menarik dan pastinya membuatkan pengunjung berpuashati berbuka puasa di sini.
Ada 3 pakej ditawarkan iaitu Pacific Ballroom ( RM98 dewasa dan RM49 kanak kanak ) , Zende Restaurant ( RM138 dewasa dan RM69 kanak kanak ) dan Rumah Terbuka ( RM95 seorang ). Ok la kan ? Standard KL gituuu..
Ok.. antara sajian yang bakal menanti ialah Kambing Golek , Bubur Lambuk ,Serunding Daging Ayam , Briyani Gam , Nasi Kandar dan Sup GearBox , Bubur Cha Cha , Pengat Ubi , Bubur Kacang Hijau dengan Durian , Pulut Hitam , Pengat Pisang , Bubur Jagung , Sambal Belacan , Cecalok , Budu , Tempoyak Cili , Sambal Nanas , Sambal Mangga , Ulam ulaman kampung yang pastinya membuka selera korang ! Tu baru sikit.. Banyak lagi aku tak sebut ! Serawa durian dan char keow teow ! Haaa.. Feveret aku !
Banyak sangat laa menu yang dihidangkan. Nak tulis pon aku tak sampai hati.. tak sampai hati kat diri sendiri sebab terliur ! Hahahaha.. Sedap sedap belaka menu kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Korang kena booking awal awal sebab selalu je penuh !
Nak ke sini , boleh guna LRT.. dekat sangat ! Surau , jangan risau ! Pastinya memuaskan pengunjung. Segalanya terbaik dari Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.Untuk tempahan : 03 4042 5555 atau email ke sales@seripacific.com