Adeh.. Dah la pertama kali datang tempat ni.. Terus aku letak 'batu asas' di sini sebagai tanda ' i was here' ! Hahahahah.. Apa kes kah ??? Yang pertama dan ini amat buat aku geleng kepala.. Huhuh.. Tengah aku berselera makan , Zahra muntah dengan banyaknya.. Huhuhuh.. Sian dia. Baru nak berselera makan. Tapi yang bagusnya , staff Phoenix Hotel ni pantas buat kerja tanpa menjeling kat Zahra pun. Hahahaha.. Maafkan saya yer.. Abis baju seluar dan sofa tu.. huhu.. Terus aku angkat dia dan bawa ke tandas. Bersihkan Zahra. Dan staff mereka turut membantu. Terharu aku ( kebelakangan ni aku kuat terharu.. mungkin setan kena ikat kot ? ).
Selepas bersihkan dia.. aku kembali ke meja makan.. Nak makan lagi tapi tak nak makan yang berat berat.. aku mulakan dengan... durian !
Subhanallah... sedapnya laaa durian ni ! Berlemak sungguh. Abis semua aku bedal ! Nak amik lagi , segan.. hahahaa.. Kemudian aku ternampak bahagian kek kek.. Aku tanya wife.. nak tak ? Dia nak. cheese ! Aku nak amik kek coklat laaa..
Aku pun gi amik.. Zahra mengekor aku. Huhuh.. Aku amik yang aku suka jer.. Hehehe.. biasanya yang bercoklat coklat.. Dan ternampak sepotong kek ni. Wowww.. mesti sedap ! Pantas aku amik.. hahaha..
Duduk di tempat asal.. terus amik sepotong demi sepotong.. masuk mulut. Sedapnya.. Dan tiba pada kek coklat ni.. aku gigit.. terasa kenyal ! Huhhh ! Kek span jadah apakah ini ? Semacam jer ??? Aku gigit lagi... kenyal sungguh ! Aku cuba picit picit..
OMG !!! Ini kek perhiasan atau kek tipu woiiiii ! Yang aku gi amik apahal ? Kan ada banyak lagi kekk ! Adehhhhh.. Aku usha kiri kanan.. Apakah ada yang nampak.. Huhuhuh.. Wife dah bantai gelak mengekek.. Qhaliff siap datang tanya.. " Kenapa daddy makan kek tuuu ? ". Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ! Dia ingat aku nak sangat kot makan kek ni ???? Huhhh..
Pengajaran buat aku.. Lain kali , makan ajak kawan kawan.. Bagi kawan kawan makan dulu , baru kita makan.. Kalau terkena , diorang dulu terkena dan kita boleh gelakkan diorang ! Ok ? Hahahaha.. Malu dah nak datang sini.. Walaupun dia kata tahun depan nak ajak aku datang lagi.. hahaha...