Hurm.. Terbaca keratan akhbar yang viral di Twitter baru baru ni membuatkan aku rasa nak luahkan pendapat aku. Yer , aku bukan perokok dan tak pernah sama sekali merokok. Satu perbuatan yang korang pun tau apa dia kan ? Tapi tak pe la.. Bagi yang dah merokok , aku pasti mereka berusaha untuk berhenti... tapi bukan mudah !
Teringat arwah ayah aku yang kematiannya berpunca dari rokok. Maka apakah wajar kerajaan menaikkan harga rokok ? Bagi aku , menaikkan harga rokok bukan jalan penyelesaian. Hampir setiap kali kehadiran Bajet Negara , harga rokok dinaikkan tapi penjualan rokok tetap mendapat sambutan. Kalau tak , takkan kat kedai tu ada jual kan? Kalau tak , takkan lepas makan , masih ramai merokok terutama di kedai makan tu , kan ?
Bagi aku... menaikkan harga rokok mengundang kepada masalah kesihatan perokok dan juga orang sekeliling mereka. Mereka yang tak mampu beli rokok yang dibenarkan jual , akan pergi ke rokok seludup dan rokok tiruan ! Apakah kesannya ? Di sini segala permasalahan pada arwah ayah bermula. Dia bertukar ke rokok seludup dan tiruan. Dan dia mula dapat kanser...bermula dari lidah ! Percayalah , ianya satu penyiksaan !
Kerajaan kena ketatkan lagi penguatkuasaan larangan merokok di tempat terbuka. Tak kisah la mana mana sekali pun.. asalkan di situ ada manusia , dilarang sama sekali merokok. Atau buat satu tempat khas , kenakan bayaran untuk merokok. Takkan diorang nak marah kan ? Nak masuk tandas pon kena bayar... ni kan pulak nak cermarkan udara dan rosakkan paru paru sendiri ? Kena la bayar gak... kan kan ?
Contoh tempat merokok
Dan kerajaan juga perlu sediakan bengkel bengkel khas dan kaunseling buat mereka yang ingin berhenti merokok tapi gagal berbuat demikian. Kerajaan patut bantu. Duit cukai rakyat digunakan untuk bantu rakyat. Jangan asik dok sibuk kejar pembangunan tapi rakyat sendiri makin hilang dari tanah air sendiri dan diganti dengan rakyat warga asing yang masuk secara haram !
Nasihat aku.. sekiranya ada suami atau kenalan anda yang ketagihan nikotin atau rokok , gagal untuk berhenti.. maka jangan benarkan dia beli rokok tiruan atau seludup. Biar je dia beli rokok yang di'halalkan' di negara kita.
Baca juga : Ketagihan nikotin : Rokok atau Vape / E-Rokok ?