Tulah dia.. kalau tak kuat ? Tak jantan la yer ? Maka layak la carik lain eh ?? Disebabkan nak jadi kuat n jantan la ramai lelaki mati awal disebabkan penyakit yang bukan bukan .. Nak salahkan sapa ? Lelaki tu gak sebenarnya.. Nak nampak gagah di ranjang .. Takut isterinya cari lain .. Tapi bila dah gagah , tak cukup pulak sorang .. G la makan luar .. Camana tu ?
Maka wujudlah pelbagai jenis ubat ubatan bagi membantu lelaki menjadi 'harimau jadian' di atas katil .. Bab tu nak aja nampak garang .. Bab lain ??? Layu di tasik madu.. Aparaa... Mau seimbang dunia dan akhirat la bang oii ..
Ops.. aku lupa.. bebel tanpa bagi salam.. Ceritanya bermula begini :
DBKL diminta pantau iklan produk seks guna gambar, ayat berbaur lucah
KUALA LUMPUR: Tidak makan saman. Itulah yang berlaku apabila segala jenis ubat kuat dipercayai untuk meningkatkan tenaga batin lelaki ditawarkan menerusi iklan yang ditampal di dinding bangunan, tiang lampu jalan, tiang elektrik, telefon, lampu isyarat dan pondok telefon awam di sekitar bandar raya ini.
Malah, iklan yang ditampal secara haram itu turut menggunakan gambar dan ayat yang mengelirukan seperti ‘gambar pisang besar dengan iklan ubat kuat’, lelaki, I love banana’, ‘gambar harimau ganas dengan iklan krim lelaki’, “spring return, ubat kuat lelaki’, belum cuba belum tahu’, atau ‘ubat kuat lelaki, buktikan kejantanan anda!’. Promosi iklan terbabit yang cuba meyakinkan pengguna dengan mendakwa produk itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, Pusat Racun Negara, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Halal. Tinjauan Sentral yang meninjau di sekitar bandar ini mendapati pelbagai iklan ubat kuat tenaga batin lelaki terbabit turut berbaur lucah dipercayai bagi menarik perhatian pelanggan.
Wakil Sentral cuba menghubungi nombor telefon yang tertera di ikan terbabit dan mendapati ada nada dering, tetapi talian tidak dijawab.
Bagaimanapun, selepas lima minit menghubungi talian berkenaan, pihak ejen iklan terbabit menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai untuk mempromosi produk.
Kandungan SMS terbabit antaranya ialah ‘gel tahan lama, lambatkan pancutan yang ditawarkan dengan harga RM50, krim tambah keras, kasar, tegang (RM80) dan soya kuatkan tenaga batin (RM60).
SMS terbabit turut menyatakan penghantaran bekalan akan dibuat secara percuma terutama di sekitar Lembah Klang, malah hanya boleh didapati di empat farmasi terpilih di Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan Petaling Jayar.
Lebih mengejutkan, kunjungan ke farmasi terpilih yang menjual produk terbabit mendapati setiap ubat kuat lelaki yang dipromosi dipamerkan di rak secara terbuka, malah petugas farmasi yang ada tidak segan silu mengajar cara penggunaannya.
Selain kesahihan maklumat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, persoalan timbul apabila nama promosi iklan yang meragukan kerana berbeza dengan nama produk yang dijual serta mengapa hanya empat farmasi tertentu saja yang menjualnya.
Kebanyakan orang awam yang ditemui melahirkan rasa kesal dan menyifatkan golongan itu hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka terhadap pemikiran golongan muda terutama pelajar sekolah.
Nadhirah Abdul Karim, 23, mendakwa poster yang ditampal tanpa menjaga sensitiviti orang ramai amat memalukan kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini.
“Ia tidak sesuai dengan ciri orang timur yang tidak membicarakannya secara terbuka, namun jika kanak-kanak mula bertanya apakah maksud ubat kuat lelaki kerana membaca iklan produk ini di tepi jalan, mungkin kita perlu fikirkan soal lambakan ubat perangsang seks lelaki di pasaran.
“Saya tinggal di Sungai Buloh dan bekerja di Damansara... tetapi iklan yang sama masih nampak dipromosi sewenang-wenangnya mahupun di sekitar rumah dan perjalanan menuju ke tempat kerja, masalah ini seperti sudah menjadi perkara biasa untuk ditonton.
“Bukan tiada adik kecil yang bertanya mengenai iklan berbaur lucah terbabit apabila mengaitkan pisang, harimau, spring dengan ubat kuat tenaga batin bagi lelaki... jika difikirkan bagaimana mahu memberikan jawapan mengelakkan impak negatif kepada kanak-kanak bawah umur ini,” katanya.
Pendapat itu disokong penjawat swasta, Shamsul Hazhar Shahidan, 25, berkata seharusnya penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas atau mempunyai skuad khas memantau kegiatan penampal iklan haram terbabit bagi mengelakkan masalah berterusan.
“Sukar menjawab mengenai lambakan produk perangsang seks seumpama yang ada ini, saya yakin ada pelanggan yang terpengaruh untuk membelinya kerana ingin mencuba walaupun dikhuatiri memberi kesan sampingan.
“Seharusnya pengguna perlu bijak memilih dengan menyemak senarai ubat kawalan mahupun ubat kuat lelaki seperti ini pada laman web Kementerian Kesihatan bagi membuktikan kesahihan kelulusannya bagi mengelak terperangkap dengan produk palsu yang dipromosi,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan memaklumkan, ubat kuat lelaki seperti krim atau minuman yang tidak didaftarkan dengan kementerian dikhuatiri memberikan kesan sampingan kepada pengguna.
“Orang ramai perlu berhati-hati dengan produk yang diragui ini kerana ada kes pengguna yang menjadi mangsa produk yang bercampur racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk kegagalan fungsi pada alat sulit, serangan jantung, angan ahmar, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan serta pendengaran.
sumber : Bharian