Perlu ke nak nak jadi otai blog ? Aku terfikir .. apakah dengan jadi otai blog maka blog kita dikenali ramai ? Hurm.. aku tak tau pandangan korang .. Tapi bagi aku ...
Blog bagi aku ... tempat meluahkan perasaan secara berhemah .. disebabkan ada pembaca , maka dalam blog aku belajar memberi dan menerima .. Aku cuba lari dari protokol berblog dan cuba gunakan kaedah yang aku rasa patut aku gunakan dalam blog aku ..
MEMBERI dan MENERIMA .. aku tak berminat nak jadi otai , sifu atau apa saja gelaran yang ingin diberikan oleh mereka .. Cukuplah aku hanya seorang blogger ..
Untuk berjaya dalam blog .. aku takde resepi .. aku takde nasihat .. aku takde pendapat... Aku cuma boleh beri pandangan aku .. Jadilah blogger yg unik ... lain dari yang lain .. Cari kelainan itu dalam diri sendiri .. Tak perlu ikut sapa sapa .. Tak perlu jadikan blog kita tu istimewa .. berbeza .. tapi cara penyampaian kita perlulah berbeza ..
Biarlah mereka suka blog kita kerana blog kita .. bukan kerana kita popular dan dikenali ramai .. Tak perlu kejar glamer kerana mereka yang akan baca blog kita itu adalah disebabkan blog kita glamer ..