Alhamdulillah.. Lom bersalin lagi.. Hehehhe.. Tapi selesai dah urusan untuk hari ni .. Huhuh..
Ayah aku yang ada kanser lidah akibat kuat merokok , dah dimasukkan ke wad di HKL .. Sian dia.. Kena tahan selama 10 hari untuk pemeriksaan lanjut.
Dan wife , gi checkup pagi ni di Klinik Kesihatan Putrajaya terpaksa buat checkup susulan di Hospital Putrajaya , kerana dia mengadu ada ‘kebocoran ‘ ..
Hurmm.. segalanya bermula di sini. Episod ulangan bermula. Cam kes Qhaliff gak la.. Ok , aku faham masalah jururawat dan doktor yang sibuk melayan pesakit. Aku faham.. Takde masalah..
Masalahnya ialah , wife aku yang tunggu lama buat scan terpaksa tunggu lagi gara gara seorang doktor muda potong queue ! Dia bawak masuk kawan dia .. Main celah gitu jer ..
Eh , boleh ke gitu ??? Nasib baik laaaa ada seorang nurse senior sabarkan wife aku .. Dia tolong segerakan uruskan wife ..Terima kasih yer..
Haih.. tolonglah jangan salah guna kuasa anda yer .. Orang lain pon berpangkat tapi ikut prosedur. Rasa rasa nak potong queue , buat hospital sendiri .. Takde sapa nak marah aih ..