Tiba di Seoul Incheon International Airport , pada jam 6.30 pagi , (waktu Malaysia). Staff SAMSUNG dah sedia menanti untuk memulakan pengembaraan menerokai hutan batu di Seoul ni ! Yessszaahhh ! Tak sabar aku !
Bersama sama rombongan dari Malaysia , ada beberapa lagi influencer, Abang Nara dari BeautifulNara dan CityGal dari KampungBoy CityGal dan wartawan dari beberapa akhbar.
Kenderaan untuk membawa kami ke hotel dah sedia.. Jom !! Gerakkk ! Cepaatt !!
Masuk je perkarangan hotel kami menginap , aku kagum dengan persekitaran situ.. Bersih , nyaman walaupun cuaca dikatakan panas tapi bagi kitorang yang datang dari negara panas, ianya biasa jer.. ! Panas mereka , masih lagi berangin.. huhuh..
HOTEL SHILLA SEOUL
Memandangkan kami hanya boleh check in jam 3 petang , maka kami diberi keistimewaan.. boleh gunakan spa hotel untuk membersihkan diri dan menukar pakaian ! Yup , hotel yang sangat bersih ! Kawasan persekitaran , nak jumpa sampah pon susah woo !!
Selepas mandi , bersiap dan.. rombongan influencer dari negara lain sekitar Asia Tenggara juga turut tiba. Indonesia , Thailand, Singapura Vietnam dan Filipina.
Ada rakan di Facebook bertanyakan mengenai kawalan keselamatan memandangkan baru-baru ni Korea antara negara yang diserang wabak penyakit MERS. Kerajaan Korea telah mengisytiharkan negara mereka telah bebas dari penyakit tersebut namun mereka tetap membuat persediaan dan kawalan keselamatan yang ketat.
Kamera Thermal Graphics ni diletakkan di setiap pintu masuk lapangan terbang dan juga hotel.
Siap daftar.Kami diberi satu ID iaitu badge Samsung untuk memisahkan mereka yang hanya amik HALAL dan tidak ketika makan tengahari dan makan malam nanti.
Ok… Jom ke destinasi pertama !
BISTRO SEOUL yang bakal kitorang tujui. Terletak di Samseong-Dong Oakwood , bistro yang dikatakan menyediakan makanan Korea yang sedap dan menarik ini pastinya tak sabar untuk aku rasai ! Hehehe.. Lapar pon satu hal..
Jom makan ! Mereka asingkan yang HALAL dan NON HALAL.
Sedap ! Nampak skit tapi cukup mengenyangkan ! Huhuhuh..
Selesai makan.. Semua bergerak ke destinasi yang ditunggu tunggu !
SAMSUNG INNOVATION MUSEUM ( SIM )
Di sini , pengunjung dilarang amik gambar kawasan persekitaran ! Haaa… Atas faktor keselamatan gituuu… Maka , sila jangan gatal gatal amik gambar yer .. Tapi dalam muzium , tak pe !
Bagi mereka yang gemarkan barangan elektronik dan gadget pasti akan teruja sungguh ! Aku sendiri pon teruja tapi tak sempat nak luang masa lama sangat sebab kena ikut jadual ! Maka , mana yang sempat buat , buat cepat cepat ! Hahahaha .. Sila bergambar dan amik gambar !
Sejarah SAMSUNG dan segala inovasi mereka diletakkan dalam muzium ini ..
Gambar atas ni , obor yang digunakan untuk menyalakan api di sukan Olimpik !
Gambar bawah ni.. Mesin basuh pertama di dunia ! Bayangkan berapa banyak info boleh dapat dalam muzium ni ! Hahahaha .. Ada television , vacuum , telefon bimbit pertama di dunia .. dan banyak lagi !
Kalau tak silap aku ada 3 tingkat kesemuanya untuk diterokai. Seronok dan menarik sekali !
Kemudian ke GAROSU-GIL untuk menerokai syurga membeli barangan kosmetik ! Huhuhuh.. Haa , disini sapa yang mampu berbahasa Korea ..pasti akan ada kelebihan ! Dalam group aku , AbangNara fasih berbahasa Korea kerana dulu dia belajar kat sini.. 7 tahun !
Selesai cuci mata ! Jom makan malam lak !! Nak beli ,tak tau nak beli apa ! Hahahaha… Semua best je nampakkkk ..
ITAEOWN – WOL HYANG
Cantik kan gambar ? Ni guna Samsung Galaxy S6. Hehehehe..
Ok.. Perut dah kenyang , kan ? Hehehe.. Tiba masa untuk bershopping di Dongdaemun !
DONGDAEMUN MARKET TOUR
Fuhhhhh.. Shopping kat sini tak perlu risau kena marah atau kena jegil bijik mata ! Hahaha.. Tanya la apa pon , mereka jawab dan takkan marah..
Dan aku berjaya abiskan RM400 di sini saja ! Huhuhuh… Terus terang aku katakan.. sangatlah bersih walaupun kawasan ni dipenuhi orang ramai dan menariknya , mereka berniaga 24 jam tanpa henti !!
Abis shopping.. terus balik hotel dengan teksi. Teksi guna meter dan takkan kena tipu punya. Pesan AbangNara, jangan amik teksi warna hitam. Tu ekslusif punya.. hehee..
Di bilik.. lepas mandi.. tak sampai seminit letak kepala atas katil ,terus lenaaaaa !