Yeker aku tak ?? Huhu.. silap tu.. aku mmg gemar blogwalking cuma aku tak tinggalkan jejak .. Kebanyakkan blog yang aku akan masuk ialah blog blog baru .. Idea mereka fresh ... Cerita pon masih dalam keadaan ikhlas .. Kira tak de nak coverline gitu la nak dibandingkan dengan blogger blogger lama yang kebanyakkannya membuat entri yg mesra SEO ... heheh .. pendapat aku yer..
Dah tu , kenapa aku tak komen ??? Ada yang aku komen dan ada yang tidak ..Bila perlu , aku akan komen ... dan rasanya tidak , aku biarkan saja ianya berlalu .. Aku tak nak komen sekiranya tidak ikhlas dari aku .. Antara komen yang bagi aku tak ikhlas .. erk... apa ek ?? Aku rasa .. korang tau kan .. hehe.. jadi jangan dipanjangkan.. kang ada je orang nak kata 'itu pon nak jadi isu ke ??? ' .
Satu sebab lagi aku tak nak tinggalkan komen samada di blog aku sendiri atau blog orang lain ialah , mencari lubang kesilapan .. Ada yang gemar menunggu masa je blogger tersilap komen .. Padahal , dia tak faham maksud komen tu .. maka terus dijadikan satu perdebatan yang takde faedah langsung .. Bagi aku , itu dah membuang masa !
Maka , aku adalah silent reader blog korang .. hehehe.. mana mana blog yang aku follow , mmg aku check dalam blogger buzz .. dan juga dalam bloglist aku .. aku akan masuk dan baca ..
Hurm .. ada banyak komen terutamanya jika melibatkan nama BEN ASHAARI ... pergh.. kalau tak tahan , mmg jari ni nak je menjawab kat situ tapi pengalaman mematangkan aku.. BIARKAN SAJA !
Ada beza antara dewasa dan budak budak .. Ada beza antara ikhlas dan sinis .. Itulah yang akan kita jumpa bila masuk ke blog blog baru ni... Ada yang tak tahan dan ada yang letak jawatan .. hehehe..
Mmg mencabar dunia blog ni .. mcm masuk ke sekolah baru .. nak suai kenal.. pastu kenal ngan otai kelas .. huhu.. macam macam laa... samada tahan atau tidak jer ...kan kan ?