Menjiwai penulisan walaupun ringkas ! Kesimpulan yang aku dapat dari sembang bersama Cikgu Siti Hajar petang tadi ... Sangat menarik sekali pendapatnya ...
Aku cuba kaitkan dunia artis dan blogging kerana tidak jauh beza.. Aku tak mahu sentuh bab artis ... Blog... ya... itu mmg dunia aku .. dunia yang semakin mencabar tapi aku malas amik endah .. Sbb apa ? sbb aku tahu apa yang aku buat .. selagi aku tahu mana batasan aku , selagi itu aku tak perlu risau ..
Semua orang boleh punya blog .. semua orang mampu menaip... semua orang mampu mengarang .. Tapi berapa ramai punya bakat untuk menjiwai sesuatu penulisan lebih lebih lagi dalam bercerita ?
Untuk menghidupkan satu satu penulisan bagi menarik lebih ramai pembaca , cuba hayati atau visualkan lagi setiap ayat tu agar lebih menarik dan lebih hidup ! Jadi blogger yang lebih kreatif dalam penyampaian .. bukan mudah kan ? Itulah resepi keunikan seseorang blogger ..
Jangan jadi blogger tin kosong !