Salam .. selamat pagi ...
Nyenyak tidurku walaupun agak lewat semalam menidurkan diri.. Ni terbangun pon selepas jiran aku kejutkan .. Hehehe.. aku kat Putrajaya manakala jiran aku kat Sedenak.. Biasa la.. hidup berjiran ginilah .. Bukan senang wooo.. bertukar tukar makanan lagi youu..
Pastinya hari ini penuh jalan ceritanya.. Pagi pagi dah ada meeting ... pastu nak siapkan report.. jadi aku rasa aku ni tiada segmen la yer.. pakcik kena siapkan ari ni kalau tak pakcik kena simen nanti ! hahahah...
Semalam sebelum aku beradu , aku ada buat satu entri pasal url blog.. Hamboi.. ramai benar yang terasanya .. padahal aku maksudkan lain.. aku maksudkan jika korang nak buat blog baru atau nak bagi cadangan kat kawan kawan korang yang mana teringin nak buat blog tu , kasi la url yang senang diingati.. Ni tidak , kasi cam nak kasi nama anak jer.. Cun tapi panjang berjela.. Kalau perempuan , tak ke naya lelaki nak sebut masa akad nikad nanti ?? hahah..
Tak payah la nak terasa ngan aku ni .. Aku ni bukan la baik pon ... Nakal selalu sangat.. hahaa.. apa pon kita saling menegur dengan cara yang sepatutnya .. tak perlu baling selipar semata mata nak tegur aku menguap tak tutup mulut... haa... kang aku terkejut , mati kat situ gak , camana ??? Sapa nak update blog ni lagi ?? mai habaq kat aku ...
OK.. lagi 7 minit erl nak sampai.. aku mau pasang mp3.. nak layan lagu siti nurhaliza n sm salim pagi pagi ni .. apa gelak gelak ???