Diorang kata kalau perfume original , goncang goncang .. berbuih banyak dan lambat hilang buihnya ! Aku baru beli tadi.. Test buat ! Dan… skit je buih !! Dan cepat hilang pulak tuuuu ..
Apakah aku sudah kena tipu ? Tak mungkin ! Beli kat Parkson tuuuuu !! Tapi baunya , kuat laa… Lama gak tahan.. Takde la 24 jam.. lepas mandi tu , hilang la baunya .. Original la kan ?
Camana nak detect perfume original atau local ni ? Daripada blog Avonbrand2u ada bagi sedikit tips.. iaitu , perhatikan Packaging , Harga , Kecairan (liquidation) dan Bau.
Manakala tips dari blogger Eizlins , dia bagi 20 ! Haaaa… Aku copy paste atau korang nak gi baca kat sana ? Copy paste ? Maaf yer Cik Eizlins.. pinjam info sekejap .. Dia pun pinjam dari orang lain.. Bagus la.. sebarkan info agar tidak ramai tertipu..
1.Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2.Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya. Pewangi yang tulen tulisan jenama (brand) pewangi itu tidak pudar dan hilang walaupun telah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini tidak boleh dijadikan ukuran, tetapi kebiasaannya pewangi yang tulen mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3.Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya. Ini disebabkan pewangi tulen tiada lebihan gam dan pembungkusannya amat teliti.
4.Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5.Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya pelekat berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6.Semak Nombor Batch.
7.Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8.Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan reka bentuk botol. Botol yang tulen adalahd sempurna.
9.Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang tulen adalah tebal.
10.Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11.Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12.Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
13.Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
14.Kod bar. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
15.Warna pewangi. Semak warna pewangi sama ada ia konsisten atau pun tidak.
16.Minyak berlebihan. Pewangi yang tulen kurang berminyak.
17.Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.
18.Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya bau wangian tersebut tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
19.Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
20.Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai pelekat produk.
Maka ..silalah hati hati agar tidak tertipu melainkan anda mmg nak ditipu, maka tak perlulah berhati hati yer .. heeee..