Masa gi Paris tahun lepas , aku tanya dia.. nak beli beg tak ? Dia jawab tak nak.. Nak beli sendiri kat Malaysia ni.. Aku pon ok je la.. Tapi bila sampai Malaysia , lain pulak bunyinya.. Adehh ..
Di Lapangan Terbang Incheon semalam , aku ‘terbeli’ perfume. Perancangannya nak menjimatkan duit tapi selepas terpengaruh dengna kata kata..
“ Kita nak datang sini , bukan mudah.. Sekurangnya beli sesuatu yang kita boleh ingat dan kenang.. Duit boleh cari.. Kenangan sukar diperolehi.. “
Pilih punya pilih… Aku amik ni jer.. Harga dalam RM ialah RM180.. Lebih kurang la.. Kat Malaysia mana boleh dapat harga gini haaa…
Kemudian kembali ke kumpulan untuk makan tengahari.. Dan ketua rombongan aka pegawai dari Samsung Malaysia , tanya aku..
“ Ben , u tak beli apa apa untuk wife ke ? “ .
Hurm.. aku tak beli apa apa pun sebab takut dia tak berkenan. Cerewet tu tak tapi dia susah nak sukakan barang. Beli sendiri baru puashati ..
“ Semua perempuan macam tu.. U beli jer .. At least ada sesuatu untuk dia dari Korea.. “.
Betul gak.. Aku ajak Nasri , wartawan Kosmo untuk menghabiskan duit ! Dan aku jumpa ! Automatik duit aku abis ! Huhuhuh..
Amacam ? Ok tak ?? Aku memang gilerkan jade ! Heehhehe…
Dan semalam aku bagi kat wife… Terus pakai dia ! Sukaaaa sangat katanya.. Cukup cukup untuk pergelangan tangan dia..
Alhamdulillah..