Bila masuk nak masuk Raub , kenderaan bergerak perlahan lahan .. sehinggakan aku mampu tidur tidur ayam.. haha.. tak la..berlakon tidur je tu .. kena hati hati.. Jarakkan kereta anda ..
Sebelum tu , ada lori kecil depan aku .. bila aku bagi signal untuk potong , ini kereta belakang aku pon sibuk potong .. masalahnya ialah dia potong queue .. patutnya aku potong dulu baru dia boleh masuk tapi bila aku mula potong dia potong aku dengan lori lori tu gak .. Bayangkan dua lorong je tu.. bermakna aku berada ditengah tengah .. Tak ke merbahaya ??
Ni satu lagi.. tak sabar sabar ..patutnya mana boleh masuk lorong kecemasan kan ? Ni dah kira langgar undang undang .. apa dia kira kalau dia sampai kampung cepat , dah boleh terus solat raya ke ???
Ok geng.. aku nak sambung .. ni skang kat masjid Raub .. Tandas , bersih .. mabeles.. Alhamdulillah ..
Destinasi seterusnya ialah Kuala Pilah untuk ke Kok Lanas , Kelantan . Pada yang memberi komen , terima kasih kerana sudi singgah .. Jemput la mai Kok Lanas bagi mereka yang berada di Kelantan .. mana tau boring boring kan .. hehehe