Satu soalan dari seorang rakan maya di Facebook yang aku terima pagi tadi tapi aku tak sempat nak balas .. Jadi aku buat je la entri noo ..
Camana nak bagi blog tu nampak menarik ? Hurm .. Menarik dari segi apa ? Penulisan atau template blog ? Ada yg lebih menekankan pada template blog lalu mencantikkannya dengan meletakkan pelbagai jenis widget yang ada ditawarkan di dalam internet ni.. Macam aku mula mula dulu laaa , abis semua aku letak cuma tang lagu je aku tak letak sbb aku mudah terperanjat .. heheh .. Pastu baru ramai komen kata blog aku berat .. Lalu aku buang .. Baru aku sedar , bila tak banyak widget lagi cun rupanya blog tu ..
Aku simplekan jer .. Aku tekankan pada penulisan yang lebih mudah pembaca faham .. Cuba menepati selera pembaca .. Apa yang berlaku ? Aku hilang identiti aku sendiri .. Jadi , camana yer ?
Apa yang membuatkan blog itu menarik adalah blogger tu sendiri .. Penulisan yang lebih ikhlas walaupun nampak ‘bodoh’ atau hambar sebenarnya itulah yang menarik dan membezakan dengan blog blog yang lain.
Kenapa aku kata gitu ? Kalau kita nak bagi blog kita menarik dengan mengikut citarasa pembaca kita , jadi apa tujuan sebenar kita buat blog ? Kecualilah , nak buat duit .. Yang ini .. isunya lain .. Apa yang aku cerita disini ialah blog .. log kehidupan kita sendiri dan bukannya pasal orang lain terutama artis ..
Seterusnya , ‘juallah ‘ blog korang tu pada rakan rakan dan orang luar .. Bagaimana ? Google di blog aku ni , promosi blog ..