Terbaca di blog rakan ni .. Katanya dia terbaca di mana tah , dengan menyatakan bahawa dunia blog dah berkubur .. Kiranya yang tengah top skang ni social networking cam Twitter , Facebook dan sebagainya laa ..
Aku senyum je la .. Bagi aku , mereka yang berfikiran begini adalah mereka yang baru kenal dunia maya . Mereka beranggapan blog ni cumalah tempat ‘menulis’ atau ‘meluahkan rasa’ ..
Kalau mereka rajin buat kajian , blog takkan berkubur sampai bila bila cuma ianya akan upgrade dari masa ke semasa .. Kenapa ? Selagi manusia berkata-kata , selagi itu manusia menulis .. Menulis pula akan disertai dengan fakta dan juga visual ..
Facebook dan Twitter ni , bagi aku lebih mudah terancam. Bayangkan Friendster , YM , MRIC dan Myspace yang pernah popular satu tika dulu … di mana ‘mereka’ ?
Blog ? Blog ni lama dah wujud . Cuma namanya je lain skit .. hehe.. Tapi manusia tetap menulis dan manusia tetap mencarinya di enjin carian .. Apa saja yang punya fakta dan infomasi , pengguna internet akan cari ..
Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari ..