Hurmm… Perancangannya , nak ada di Alamanda sebelum ramai orang mai ! Maka kul 10 atau paling lewat pon kul 11 pagi mesti ada dah kat Alamanda ..
Sayangnya , tunggu Qhaliff bangun .. lewat laaa dia ( walhal yang lambat ? Heee ) .. Dan kul 11 lebih baru ada di Alamanda.. Kul 12 tengahari , pasti ramai keluar lunch.. Gi shopping la tuuu.. heee..
Guna dua stroller hari ni.. Sorang satu ! Aku usung Qhaliff dan wife usung Zahra . Sayangnyaaa .. sayangnyaaa .. Qhaliff nak duduk kejap je.. Selebihnya , dia nak merayau dengan kedua kakinya !
Nak tak nak , aku kena rasuah dia supayan duduk dalam stroller dia tu , diam diam dan ibunya dapat shopping dengan tenang !
Gi masuk tempat feveret aku.. Bukan dia tau.. Aku ! Hahahaha… Cari mainan yang sesuai dengan dia ..
Dan jumpa la satu.. Walhal menda ni ada dah kat rumah .. Rosak ! Ok la , dari aku beli yang ngarut ngarut.. baik beli yang dia leh gunakan jari jemari dia.. iaitu menulis atau melukis !
Harga ? Dekat RM60 gitu haaaa… Dan dia berjaya aku tenangkan untuk …. 10 minit jer ! Pastu dia tamo main dah ! Nak keluar dari stroller dia .. Dia nak lari dan berharap aku gi kejar dia .. Huh !