Esok , Isnin.. Semua akan kembali ke jadual biasa. Aku sebagai suri rumah , 'rehat' bila wife cuti. Hahahaha.. Kalau dia kerja , aku akan sibuk sangat. Kena jaga anak dan pada masa sama kena cari RM ! Bukan Rosmah Mansor tapi Ringgit Malaysia. Heee.. Cari duit. Tanggungjawab aku tetap ada walaupun aku bergelar suri rumah! Aku tetap kena bayar duit kereta , perbelanjaan dapur , insurans keluarga , simpanan masa depan anak anak , sekolah.. pakaian ! Adeh.
Terus terang...bukan mudah seperti yang dilihat ! Nak jaga anak kecik yang sering minta perhatian ... 24 jam sehari , 7 hari seminggu... bukanlah mudah. Kalau seorang tu ok la.. ni dah masuk 3 orang. Macam macam perangai. Dan pandai bergusti dah ! Kita jadi pengadil. Kena adil ! Mana nak kena lebihkan ? Mana nak kena nampak adil ! Dan mana yang bijak amik kesempatan.
Dan pastinya... aku sebagai suri rumah , 5 hari duduk rumah jer. Ada yang kata , best ! Puas tidur ! Tak payah kalut nak keluar pagi pagi.. harungi kesesakkan lalu lintas atau nak layan karenah bos atau kaki penjilat di pejabat ! Betul tu memang betul tapi duduk rumah pun boleh stress ! Kita takda geng nak bergaul. Tak nampak dunia ! Pengetahuan jadi agak sempit melainkan kita ni jenis rajin membaca!
Superman pon boleh semput kalau kehidupan terlalu fokus tanpa ada sedikit ruang untuk 'bersantai'
Sejujurnya 5 hari di dalam rumah sangatlah membosankan. Pasangan kita kena prihatin part ni. Dalam 5 hari tu , cuba bawa keluar dalam semalam gitu. Gi la mana mana pun.. Makan kat luar atau bersantai di malam hari. Anak anak yang fokus belajar sepanjang 5 hari tu pun boleh stress tau ! Tak payah la nak tunggu hujung minggu untuk lakukan semua ni. Sesekali lepaskanlah. Barulah hari esoknya lebih ceria dan tenang.
Dan lelaki yang dah berkahwin... di musim bola ni janganlah balik rumah jer lepas kerja terus lepak mamak layan bola sampai ke pagi hari ! Hurm... Bola bola gak... rumah kena jaga gak. Stress dan sangat penat ! Kalau fizikal je penat , tak pe.. Mental penat , bahaya ! Kena bantu bantu gak.
Dan akhir kata di pagi hari ni... rileks sudah la ! Banyakkan bersyukur dan jangan lupakan Allah. Tu jer la pesan aku buat aku dan korang. Huhu..