Teringat zaman sekolah dulu.. hehe..
Mahkamah peruntuk satu pertiga sekitar kawasan tuntutan kepada Muslim di Ayodhya
LUCKNOW: Mahkamah India memutuskan semalam untuk membahagikan pemilikan kawasan tapak suci menempatkan Masjid Babri yang mencetuskan rusuhan berdarah di seluruh negara itu sebelum ini antara penduduk Hindu dan Islam.
Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Islam menyatakan, mereka akan merayu keputusan kes membabitkan isu 60 tahun itu kepada Mahkamah Tinggi.
Penduduk Islam menganggap perkarangan di Ayodhya sebagai tapak Masjid Babri kurun ke-16 yang kini musnah, sementara penduduk Hindu mendakwanya sebagai tempat kelahiran dewa Rama.
Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan tapak seluas 25 hektar itu perlu dipecahkan, dengan masyarakat Islam mendapat kawalan satu pertiga dan dua kumpulan Hindu diberi bakinya, kata Ravi Shankar Prasad, peguam satu daripada pihak yang membuat tuntutan.
Penduduk Hindu akan mendapat kawasan meliputi sebuah kuil khemah kecil yang dibina untuk memuja Rama di tengah Masjid Babri.
Majoriti memutuskan lokasi kuil buatan itu adalah tempat kelahiran Rama dan tempat itu tidak boleh dialihkan, katanya.
Mahkamah turut memutuskan status terkini tapak itu perlu diteruskan untuk tempoh tiga bulan akan datang bagi membenarkan kawasan itu diukur dan dibahagikan secara aman, katanya.
Tetapi, Zaffaryab Jilani, peguam mewakili penduduk Islam, berkata beliau akan merayu keputusan itu, yang mungkin melambatkan keputusan muktamad kes yang memakan masa bertahun-tahun.
Tiada pihak yang menang atau kalah. Ia adalah satu kemajuan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan, katanya.
Konflik berhubung perkarangan di Ayodhya, 550 kilometer timur New Delhi, mencetuskan keganasan antara penduduk Hindu dan Islam yang mengorbankan beribu-ribu penduduk dan mencabar sistem moral India sebagai negara sekular serta demokrasi pelbagai budaya.
Kerajaan dan pihak bertelingkah merayu semua pihak bertenang selepas keputusan itu diumumkan. Bagi memastikan keadaan terus aman, pihak berkuasa menempatkan beribu-ribu lagi anggota keselamatan.
Polis menahan lebih 10,000 orang bagi menghalang mereka daripada mencetuskan keganasan, sementara 100,000 lagi perlu menandatangani afidavit mengatakan mereka tidak akan menimbulkan masalah selepas keputusan itu diumumkan, kata seorang pegawai atasan. AP
sumber : Bharian
Tengku Muhammad Faris arah penarikan berkuat kuasa semalam , elaun turut ditarik ..
Baginda turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I), yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, ketika mengumumkannya, berkata penarikan gelaran dan anugerah itu sudah dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra melalui surat yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, semalam.
Saya tandatangani surat berkenaan dan diserahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra menerusi wakil, iaitu Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Rosdi Ismail, pada jam 10 pagi tadi (semalam), katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Ditanya mengenai elaun, Mohd Aiseri berkata, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak lagi menikmati elaun bagi gelaran Temenggong itu.
Dalam Perlembagaan, gelaran Temenggong ini memang ada elaun, jadi (selepas penarikan balik gelaran) kini (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tak ada (elaun lagi), katanya.
Sementara itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.
Beliau berkata, tidak berasa apa-apa dengan surat yang memaklumkan penarikan balik gelaran Temenggong dan Darjah lain terhadap dirinya.
Saya tidak mahu memberikan komen sebab perkara pokok, iaitu isu pertikaian mengenai Tengku Muhammad Faris Petra (sebagai Sultan) masih dalam mahkamah. Pada saya (surat berkenaan) tak beri kesan, katanya ..
sumber : Bharian
Aiguille du Midi Bridge , France
Royal Gorge Bridge , Colorado
Trift Suspension Bridge , Switzerland
Carrick-a-Rede Rope Bridge , Northern Ireland
Capilano Suspension Bridge , Canada
Mackinac Bridge , Michigan
Puente de Ojuela , Mexico
Chesapeake Bay Bridge , Maryland
Monkey Bridges , Vietnam
Hussaini Hanging Bridge , Pakistan
Nak tau kenapa jambatan jambatan ni dikatakan mengerikan ??? Hehe.. g baca sendiri eh .. baru best .. kan kan ? > sini
Kadang kadang tanpa kita sedari .. kita melukakan hati orang tua kita walaupun niat kita baik . Tapi sebagai anak mahupun mnusia , kita kena juga faham biasanya keluarnya dari mulut seorang ayah inginkan sesuatu itu adalah bukan kehendaknya tetapi keinginannya ..
Penat .. kita mmg penat apatah lagi seharian bekerja .. tetapi jgn kita lupa ayah kita juga bekerja .. mereka juga penat .. namun ada ke mereka mengeluh membesarkan kita selama berpuluh tahun ?? Kita baru menjaga mereka beberapa jam dah mula mengeluh ..
Berapa lama sangatkah mereka boleh hidup ? Sementara di depan mata ini , berbaktilah selagi mana termampu.. Jika tidak termampu sekali pon , paksa .. asalkan mereka gembira ..
Pandanglah wajah mereka puas puas .. kita tak pasti adakah hari esok untuk kita bermanja dengan mereka lagi .. Hurm.. patutkah kita membalas permintaan mereka dengan keluhan kita ???
Haih .. satu hari nanti , kita pasti berada di tempat mereka .. Bagaimana pula nanti layanan anak kesayangan kita pada kita nanti.. Fikirkanlah ..
Balaslah setiap kata kata mereka dengan penuh kelembutan .. jgn calarkan hati mereka .. Sesungguhnya , mereka itulah syurga dunia kita ..