KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, mahu berbincang terlebih dulu dengan keluarganya berhubung keadaan rumah tangganya yang dikatakan mulai goyah ketika ini.
Aidil Zafuan berkata, beliau masih belum membaca laporan akhbar dibuat isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 34, kerana kesibukan tugas yang digalasnya di dalam dan luar negara.
“Saya baru tiba dari Vietnam untuk perlawanan Piala Millenium Thang Long dan saya tidak mengetahui mengenai cerita ini dan akan melihat laporan akhbar yang dibuat oleh Rita sebelum berbincang dengan keluarga saya.
“Malam ini (semalam) saya ada perlawanan di Seremban dan keesokannya pula, saya akan berada di Singapura selama dua hari...jadi, saya perlukan masa,” katanya ketika dihubungi sejurus tiba dari Vietnam, semalam.
Aidil Zafuan yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu berkata, beliau akan membuat kenyataan sebaik saja mengadakan perbincangan dengan keluarganya dalam tempoh terdekat ini.
Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentuanya.
Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.
Hasil daripada perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil Zafuan dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan. - BHARIAN
Kata BEN : Bagi aku , tindakan dia ni tak kena.. sepatutnya dia balik ke rumah dia dulu .. bincang dengan isterinya dan baru dapatkan pendapat orang tuanya .. Bukan maksud aku nak suruh dia membelakangkan keluarganya ( yg mana dia sendiri telah belakangkan dulu kerana menurut nafsu ) tetapi berbincang dengan isterinya tu dan cari punca .. Kemudian , bawa isteri ke rumah keluarga dan selesaikan secara aman ! Semua masalah mesti ada penyelesaian ..Buat masa sekarang , utamakan anak dari keegoan diri tu !
Kalau berani buat dulu .. sanggup kawin lari demi kerana cinta , kenapa tidak sekarang ? Berkorban demi cinta tersebut ?? Takkan sekarang baru nampak baik buruk masing masing ? Kalau dah nampak sekali pon , takkan tak boleh berubah ? Semua pihak kena tolak tepi rasa ego diri tu .. Kecualilah ... sememangnya dah hilang rasa cinta tu...
Kalau si Aidil ni cuba mengkaji masalah tu dengan melihat laporan akhbar tu saja , cukup tidak adil ! kerana sudah pasti akan ada yang tertinggal .. Sebaiknya , dapatkan penjelasan dari isterinya itu ..
Jangan terlalu ambil jalan mudah ... Ingat juga pengorbanan si isteri tu .. Namun ibu bapa juga perlu menasihati anak agar tidak membuat kesilapan lagi .. Yang sudah tu sudah .. buang yang keruh .. tapis je air guna penapis DIAMOND ..