Hurm.. tadi ada seorang sahabat lama di FB tanya aku , antara aku dan REDMUMMY sapa lagi top ? Erk ...
Sudah tentu dia .. dia orang lama... dah bertahun dalam dunia blog ni .. Lagi pon dia selalu kuar kat media mahupun seringkali dipromosi dek NUFFNANG .. Rajin turun events NUFFNANG... maka cepat la naik .. Maka sudah tentu aku tidak setaraf langsung dengan dia .. kan kan ?
Sebenarnya ramai tak sedar .. terlalu ramai blogger yang lebih bagus tetapi 'tersorok' .. low profile.. tidak mengejar populariti .. dan paling bagus , tiada 'iklan' langsung di blognya .. haaa.. camana tu ?
Dunia blog ini ibarat benua .. belum tentu kita mampu menjelajahi keseluruhan dunia blog ini dan menentukan siapakah bagus dan siapakah lebih 'otai' ... Yang pentingnya ialah , maklumat yang hendak disampaikan.. Tak kira lama atau baru , masing masing ada kelebihan , keistimewaan dan kelemahan .. Ambil mana yang boleh diambil .. Jangan mengutuk atau memburukkan antara satu sama lain kerana belum tentu kita sendiri bagus .. kan kan ?