Dahsyat .. Bukan Dahsyat 13 yer ..Seperti yang aku bagitau tadi , TRADERS HOTEL ni mmg sangat sangat cool... Kakitangannya sangat best.. Tak caya ? G la sendiri rasa .. Tak payah check in.. Naik je teksi , berenti depan hotel tu.. Pastinya dengan ramah , anda di sambut tanpa mengira kedudukan korang !
Yang pastinya korang lak jadi segan bila tak membalas sapaan mereka tu .. Alangkah bagusnya jika itulah yang diamalkan oleh mereka yg bekerja di bahagian depan kaunter yang melibatkan perkhidmatan awam ..
Antaranya seperti LRT PUTRA.. Sangat sangat sangat mendukacitakan !! Nak ucap terima kasih , sikit punya susah nak dengar ! Yang lebih memalukan , yang duduk depan tu ,satu bangsa dengan aku ! Di mana budi pekerti serta lemah lembut yang sering diagungkan kita tu ? Tarak dah !! Dok kalut berbual depan tu.. Si pembeli tiket lak dok sengih sambil mengucapkan TERIMA KASIH dengan senyuman sinis.. Malu la wehhh ... Anda mencerminkan syarikat anda bekerja .. Usahkan terima kasih , senyum pon tidak ! Huh..
Takkan la nak dibayar elaun untuk senyum dan mengucapkan terima kasih baru kalut nak buat kot ??? Ikhlas la berkhidmat untuk pengguna.. Pengguna beli pon senang hati .. Dapat gak pahala kan ?