Hurmm .. aku ditanya tadi tentang NUFFNANG .. Bagaimana 'mereka' boleh mendapat $$ dari NUFFNANG ? Camana nak bagi $$ tinggi eh ? Camana nak register ? Apa itu NUFFNANG ?
Hurm... Dah cuba google cari jawapannya ? Sejak dunia blog ini meletup ( aku rasa fenomena ini muncul bila ada media 'buat cerita ' income seorang blogger popular mengalahkan artis mampu menjana pendapatan melalui blog sehingga RM20K sebulan .. okeh !! Sebulan yer ... diulangi.. SEBULAN .. Erk... Betul ke ? Dengarnya dia dah buat pembetulan di dalam blognya.. Tak la sampai setinggi tu .. hehehe.. Takut yer .. income tax mari ehhh .. hehehe.. no komen yer ... Kalau betul la kan , turunkanlah ilmu ilmu tu pada kami kami yang daif ini .. kan kan ?
Eh.. terlari tajuk.. maaf yer ..Sejak kecohnya pasal tu , maka ramai blogger tumbuh bak cendawan selepas ribut ! Kemudian masing masing mengeluarkan tips tersendiri .. Macam macam ada .. masing masing dengan kreativiti tersendiri .. Kalau rajin google , pasti jumpa .. boleh la curik tips tips tu ..
Kalau korang tanya aku , bagaimana aku dapat $$ dari NUFFNANG , maka dengan rendah diri aku bagitau , tak tinggi pon... cukup cukup lepas beli baju jer.. :)
Tapi tak pe.. aku sudi memberi tips menjana $$ dari NUFFNANG atau syarikat2 yang lain .. Sangat basic.. hehehe TINGKATKAN TRAFIK !!!Perkemaskan blog ... Pastikan trafik tinggi dari pembaca luar .. Kalau blogger sendiri , berapa ramai akan klik iklan tu ?? Kalau pembaca yg bukan dari kalangan blogger , pastinya akan tertarik dengan iklan tersebut.. kan ?
Itu yang biasa.. ada yang akan dapat iklan berterusan yang dipanggil BUFFERED EARNINGS atau BE ... Yang ni mmg meriah .. $$ masuk tak henti henti.. Kalau mereka ( blogger ) dapat ni , pastinya akan sedaya upaya mendapatkan pageviews yang tinggi .. Setiap pageviews tu akan dibayar , setiap hari yer ... bukan minggu ...
Faham ? tingkatkan pembaca .. pelbagai teknik ada untuk tingkatkn trafik ... G.O.O.G.LE !!