Bila dah dapat ? Habuk pon tarak eh ? Erm... Patutkah dibuat satu perumpamaan baru iaitu JANJI PILIHANRAYA yang membawa maksud , apa saja pengundi mahukan parti akan menunaikan walaupun mustahil ... amacam ?
Dah macam satu trend , kalau ada je pilihanraya terutama yang kecil , berpusu pusulah parti parti datang ke kawasan tersebut dan berlumba lumbalah menabur janji manismu terhadap pengundi disitu ..
Cuba tengok balik kembali keadaan di sebelum berlakunya pilihanraya .. Siapakah wakil rakyat disitu ? Parti manakah yang berkuasa di situ.. Apakah pembangunan serta perubahan yang telah mereka buat di situ ?
Aku terperasan sesuatu berkaitan janji pilihanraya .. Sebelum ini , parti yang berkuasa di situ tak terpk ke nak buatkan masjid kat situ ? Padahal kalau tak silap aku parti tu gak berkuasa ! Kenapa tiba tiba baru terpikir nak buat masjid ???? Sebelum ni apa cerita ? Hurmm..
Aku rasa mulai skang kan ... Mana mana wakil rakyat yang tak menjalankan kerja mereka , semua pengundi atau penduduk di situ patut hantar surat atau memo kepada ketua @ pemimpin mereka !! Jangan lupa kuasa rakyat ...
Takkan nak tunggu mana mana wakil rakyat meninggal baru nak datang tengok kawasan dan bagi itu ini kot ? Jangan memanjang nak perbodohkan rakyat... Aku rasa mereka pon dah pandai .. masa pilihanraya , mintak jeeee apa pon.. suruh buat masa tu gak !! Jangan tunggu menang.. haa.. amacam ?
Aku bukan la nak menghasut tapi jgn lupa , yang atas tu bekerja untuk yang dibawah .. yang dibawah ni bekerja untuk diatas .. 1MALAYSIA 1PASUKAN 1SEMANGAT 1KEJAYAAN !!!!