Alhamdulillah.. selain $$ , aku bersyukur sejak aku berblog ni aku ada ramai kawan kawan baru .. Kalau nak tulis kat sini , mmg tak terkira ramainya . Kalau boleh aku nk je jumpa semua orang dengan buat gathering.. tapi aku takut aku tak mampu buat .. Yelah , kita cuba yang terbaik tapi ada yang tak puashati kan ? Maka dari timbul masalah itu dan kembalinya kepada aku maka aku lebih rela jumpa bila 'rezeki' seperti aku jumpa blogger Ezzu Raza di ERL ..
Seperti ada yang korang tau dalam entri entri lepas , aku pernah jumpa blogger popular dari pelbagai kategori blog.. Aku nak je tulis nama semua tu tapi ramai sangat.. kang terlepas pandang ada lak yang terasa .. Hehe.. maaf yer..
Selain dari tu , aku dapat ramai lagi kawan baru yg kebetulan berada di 'kawasan' aku ni .. Putrajaya.. Mmg kami akan berjumpa untuk menonton wayang di hujung minggu bersama .. Bestkan ? Padahal kalau ikutkan 'kerusi' di pejabat , kerusi kitorang berbeza 'keempukkannya' ... Maka dunia maya ini telah 'membuang' semua perbezaan tersebut..
Ada seorang lagi yang teringin aku nak lepak bersama kat kedai mamak satu hari nanti.. Nak tau sapa? hehehe.. Dan nak tau nape ? Tu korang kena tengok sendiri kat blog dia .. hehehe ...Sapa ? EELOBOR ..
Tu antaranya.. Apa pon , aku amat bersyukur sbb mengenali dunia maya ini .. Ada baik dan buruknya.. Pandai pandailah kita bezakan yang mana baik dan mana buruknya...