Erk .. ada ke ? Aku sedang tonton dramat kat ASTRO .. rasanya dah dua kali aku tertengok drama yang sama .. Hurm... boleh ke tubuh kelab begini ? Kenapa yer perlu ditubuhkan kelab begini ? Apakah akan selesai semua masalah ?
Ramai isteri atau bakal menjadi isteri meletakkan syarat mahupun meminta pasangannya itu yakni lelaki agar jangan menyimpan angan angan untuk bernikah dua .. Hurm ..
Lelaki pulak , dengan tanpa banyak mengangguk kepala supaya 'kes' itu ditutup dengan segera .. Malas nak berbahas atau berbalas komen .. Jawab terus agar si pendengar tu puashati .. Tapi kenapa masih ada yang berlaku yer ? Salah siapa ?
Madu oh madu .. Poligami oh poligami .. Pastinya wanita akan kata , bolehkah lelaki berlaku adil ? Aiseyman .. sedangkan hakim yang terpelajar pon lom tentu berlaku adil , apatah lagi manusia biasa cam kita ..
Manusia , lelaki atau perempuan .. belum tentu mampu berlaku adil .. Apa yang patut ditanya ialah , boleh ke bertanggungjawab sepenuhnya atas keluarga yang sedia ada atau yang bakal ada ? Atas dasar apakah ingin bernikah lagi ? hurm ...
Ada beberapa artikal dari DRMAZA yang sesuai untuk dibaca bab poligami ni .. mungkin sedikit sebanyak mampu mengubah pandangan buruk terhadap 'poligami ' .. aku tak la nak kata 'sila benarkan' suami anda nikah lagi tapi sekadar jangan berprasangka buruk terhadap poligami dalam ISLAM ..
Sila rujuk .. sini dan sana .. sangat bagus untuk dikongsikan bersama .. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga ketepikan hukum Allah ..