Alhamdulillah ..sampai dah Putrajaya.. tapi aktiviti aku belum tamat .. jap lagi nak g tengok wayang kat Alamanda lak .. hehe.. Tengok ngan member aku.. Wife ? Dah tak larat .. nak rehat katanya .. Maka aku g ngan kawan aku je la..
Dalam perjalanan pulang tadi .. berhampiran simpang ke Alamanda dan berdepan dengan persimpangan lampu isyarat , aku ternampak sebuah kereta rosak kat situ..
Aku masih menunggu lampu hijau.. dan menyaksikan segala kejadian depan mata aku ni depan satu perasaan amat sayu .. Pemandu kereta tu , seorang lelaki yang aku rasa berbangsa India dan dalam lingkungan 60an ..
Erm.. keseorangan dia .. keluar dari kereta dan menelefon seseorang .. sambil melihat keadaan keretanya .. Dalam keadaan itu aku terbayangkan lelaki itu ayah aku .. hurm... Dan takda sapa sapa g hulurkan bantuan ! Sekurang-kurangnya bantu tolak keretanya ke tepi jalan .. Buat pengetahuan korang , kereta dia di tengah tengah jalan tu .. hurm...
Aku tahu , mungkin akan ada kata , susah nak tolong ... aku rasa dalam waktu tadi tu , kereta kurang .. sekurang-kurangnya ... bagi lampu kecemasan , dan g tolak kereta tu ke tepi ...
Tah la... yang pasti aku sendiri hampir mengalirkan airmata jika terbayang lelaki itu ayah aku dan tiada sapa membantunya ...