Blog.. ramai nak majukan blognya .. sayangnya wujud satu tembok besar dalam fikirannya .. Apakah itu ?
Kelmarin di Astro ada tayang satu rancangan motivasi .. Antara yang aku dapat ingat ialah , minda .. Kuasa minda dan virus minda .. Virus minda ialah ALASAN !
Nak berjaya tapi penuh dengan alasan ! Ada saja alasannya .. sibuk ..takde masa .. atau sebagainya .. Jika itulah penyebab kepada jalan kejayaan kita , cuba cari jalan lain ... pasti ada ..
Mesti ada satu 'lubang' yang boleh kita masuk dengan cara tersendiri seterusnya menghasilkan satu impak yang besar pada blog kita .. pasti ada ! Dan mmg ada pon ... Cari dan belajar ..
Kuasa minda ... Jika aku kata tadi berkaitan dengan 'lubang' , belum pon sempat dia cari maka jawapan yang keluar dari mulutnya , " ada ke ? " atau " alaa.. malas laa " atau " aku tk kreatif nak cari semua ni " .. Kesannya ? Belum pon mula buat dah takde semangat .. Cuba kata , " ok , aku buat ! " ..
Tiada alasan untuk meraih kejayaan .. Mereka yang gagal saja gemar memberikan sejuta alasan !
Selagi ada virus dalam minda kita itu , maka kita akan berada di peringkat itu jer ... Kita ternganga melihat kejayaan orang lain sedangkan kejayaan itu boleh kita nikmati sekiranya disertai dengan usaha dan doa ..Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya .. Kejayaan mereka , kita cemburui dan sepatutnya dijadikan satu kekuatan namun tidak dibuat malah dicampakkan lagi batu untuk menjatuhkannya tetapi perbuatan itu adalah satu kemenangan dan bakal menjadi azimat untuk terus berjaya !
Pilihan di tangan kita .. Mahu ke depan tanpa alasan atau berdiri tegak sambil memikirkan alasan ...