Kadang-kadang , aku tergelak.. sedih pon ada ... bukan apa , aku berblog ni suka suka di samping dapat kawan dan juga.. money money.. Aku bukanlah hamba duit .. tapi jika boleh membantu sedikit sebanyak , apa salahnya dari aku melepak kat kedai mamak kan ?
Aku berblog , cerita apa saja .. tulis apa saja .. tiada caci maki .. atau cuba mengelakkan dari mengkritik.. Maka aku sentiasa bercerita tentang apa yang aku nampak di dunia aku .. Aku bersegmen bersama sama rakan blogger yang baru baru .. Aku tau aku tak diterima dek blogger lama atau yang lebih dikenali sebagai 'otai' .. hehe.. maklumlah , cerita aku tak setaraf mereka .. kan ? Tak kisah la.. Hanya aku je tau di mana kedudukan aku sebenarnya .. Tak perlulah nak kecoh tunjuk hebat ..
Alhamdulillah.. walaupun sekadar di pinggiran , masih ada yang sudi menerima aku sbg kawan , teman , abang , mahupun sahabat .. Musuh , sila pergi jauh jauh.. Aku tak perlukan kawan yang menikam dari belakang .. Aku senantiasa kenalpasti mereka mereka ini..
Buat mereka yang sakit hati atau tak senang hati dengan apa je cerita aku atau entri aku yang beratus ribu sehari ni , tolonglah fikirkan semula yer .. Ini blog aku.. cerita aku.. kisah aku.. Cam DRR tu la dengan cerita 2 ALAM dia .. Ada dia kisah dia rugi 2 juta ?? Tapi dia untung sebab satu Malaysia dah kenal dia .. Yang penting , nama dia dah tersebar kan ? Sekurangnya selepas ni tak susah dah nak buat promosi produk terbaru .. Bijak tak dia ?
Berbalik pada blog aku .. aku dah main tepi pantai ni.. tak berminat nak masuk laut dalam .. cukup tepi ni.. Tapi masih ada yang tak puashati .. Mengapa ? Kalau tak senang dengan cara aku , buat la cara sendiri .. Kenapa perlu mengkritik cara orang ? Apakah dah abis idea nak berblog ? Atau nak cari publisti murahan ? Ops.. Aku ulang.. Nak cari publisiti ke ? suka orang komen , ' ya saya sokong ? ' .. Kalau tak de keje , g berjasa pada tanah.. lagi bagus dari buat dosa kering gitu..
Tu je la.. Harap aku pada rakan rakan blogger .. kita wat hal kita sendiri.. Ingat , tulisan kita adalah saham kita di akhirat kelak ..Untung atau rugi , segalanya terletak pada kandungan entri kita..
Selamat malam... maaf zahir dan batin ..