Aku tak pasti akan kebenaran berita mengenai rakan blogger kita yang baru aku maklumkan tadi... Menurut orang paling hampir dengannya ... hurmmm ... tah la... adoiii.. aku bengang betul la .. Korang baca sendiri ek.. aku dapat mesej ni di FB dan SMS .. Kalau korang , korang nak buat apa ?
" salam... maaf mengganggu.. saya cuma nak menyampaikan pesanan ibu kepada tuan punya blog-ayie.com :
Assalamualaikum kepada semua blogger yang mengetahui tentang blog-ayie.com, saya ibu kepada azhari bin azmi atau dikenali ayie, ingin beritahu anda, bahawa ayie telah kemalangan jalan raya pada pagi tadi. Jika ada sesiapa kenal ery, beritahu beliau juga. Harap maklum.
menurut ibunya lagi, ayie kini dalam keadaan koma akibat gegaran otak dan dia akan dipindahkan ke kelantan malam ni..
doakan la moga beliau cepat sedar dan sembuh.. sekian. "
Aku pecaya .. tapi menurut orang yang paling hampir dengan Ayie , seolah olah ini satu sandiwara ! Helooooooooooooooo.... apa kes ni ?? Kang kalau harimau datang makan kambing kau , orang kampung malas nak g tolong tau !
Serius .. kalau ni kes tipu , maka ini kali pertama dan terakhir aku percaya kau sebagai seorang kawan .. Selepas ni , pandai pandai la bernafas ...
Tapi kalau betul ... hurm.. semoga cepat sembuh...