Sapakah yang terhangat ??? Korang tengok la sendiri..
Jumpa dah ?? Tak ? Ok.. try yang ni ... www.benashaari.com
Sapakah yang terhangat ??? Korang tengok la sendiri..
Jumpa dah ?? Tak ? Ok.. try yang ni ... www.benashaari.com
‘Fitness & Blogging’
Inilah Dunia Saya
Tampan, ‘smart’ dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini.
Pertemuan RAPI dengan Ben pagi itu diadakan di Bionic Gym, gimnasium pilihannya untuk ‘workout’ sejak 10 tahun yang lalu. Di sinilah Ben mula melibatkan diri dengan aktiviti bina badan selepas kecewa dengan sukan bola sepak yang pernah diminatinya satu ketika dahulu.
Dalam seminggu, Ben akan ‘workout’ pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rutinnya bermula selepas waktu kerja iaitu dari pukul 5.30 petang hingga 7 malam. Tak cukup dengan itu, Ben turut mempunyai gimnasium sendiri di rumah. “Saya terikat dengan kerjaya di Kementerian Pelancongan. Ada masanya saya tak sempat hendak pergi ke gim kerana hambatan tugas. Oleh itu, saya akan ‘workout’ di rumah saja,” jelas Ben.
Ketika ditanya bagaimana dia bersenam sehingga mampu memiliki badan seperti ini, Ben tersenyum sambil memberitahu yang semuanya kerana komitmen dan usaha yang tidak pernah jemu. “Untuk mendapatkan badan sebegini, saya terpaksa menggemukkannya terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya bersenam di gimnasium. Kini, saya hanya perlu meneruskan rutin senaman untuk ‘maintain’.” Untuk pengetahuan pembaca, berat Ben ialah 90 kg dan ketinggiannya pula 179 sm.
Gaya pemakanan Ben juga sangat berbeza dari orang lain. Setiap pagi, isterinya, Norazila Mohd Zain akan menyediakan kacang panggang, air suam dan susu suam. Tengahari pula Ben hanya akan minum oat 3-dalam-1. Untuk makan malam, dia memilih nasi, ayam ,telur dan ulaman. Hanya pada hujung minggu sahaja, Ben dan isteri akan menikmati apa sahaja makanan yang disukai. Tetapi menu untuk Isnin sampai Jumaat, inilah dia.
Menurut Ben lagi, dunia kecergasan mampu memberikan ketenangan jiwa padanya sekaligus menghilangkan tekanan yang sesekali melanda. “Rutin kecergasan saya bukan hanya di gim. Bahkan dalam kehidupan seharian juga saya memang aktif. Saya tidak suka memandu sebaliknya lebih suka berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam. Memanglah orang luar nampak penat tetapi saya tak kisah.” Hmm, tidak hairanlah dia mampu ‘maintain’. Memang sukar tetapi hendak bertubuh segak, kenalah berkorban sedikit, ya?
“Kepada mereka yang sering melepak dan tak tahu nak buat apa, saya syorkan agar anda bersenam sahaja di gimnasium. Namun usah ambil jalan singkat pula kalau hendak membina badan. Jauhi pengambilan steroid kerana ia boleh menyebabkan risiko pada tubuh dalam jangkamasa yang lama. Satu lagi pesan saya, jangan merokok,” terang Ben.
Tempat Curahan Hati dan Ekspresi Diri
Selain aktif dalam dunia kecergasan, Ben juga adalah seorang blogger yang aktif. Blog ini walaupun baru berusia setahun lebih tetapi telah mencatatkan pengikut seramai 7000 lebih dan jumlah pembaca melebihi 100,000 setiap sebulan. Wow! tentu ada sesuatu yang menarik di situ sehingga ramai yang memilih untuk menjadi pengikut dan setia membaca tulisannya.
“Mungkin anda sukar untuk percaya, tetapi menulis adalah jiwa saya. Di sekolah dulu, subjek Bahasa Melayu adalah subjek pilihan. Menulis puisi dan sajak pula memang hobi saya. Kini, minat tersebut saya zahirkan menerusi penulisan blog. Saya menulis bukan untuk mencari populariti. Saya menulis jujur dari hati sekadar melahirkan pendapat, idea dan pengalaman sendiri. Dalam masa yang sama, saya mahu pembaca juga sama-sama mendapat manfaat daripada tulisan saya.”
Kami sempat bertanya, apa agaknya tip yang boleh Ben berikan untuk menjadikan sesebuah blog itu berjaya dan digemari ramai? Jelas Ben “Kita mesti rajin ‘update’ blog. Cerita yang ditulis biarlah ikhlas dan kreatif. Kita juga mesti tahu bagaimana cara yang betul untuk mempromosi dan menyebarkan blog kita.”
Satu yang menarik untuk dikongsi, penglibatan secara aktif dalam blog juga boleh memberikan pendapatan sampingan. “Apabila blog kita dikunjungi ramai, biasanya akan ada pihak yang berminat untuk menyewa blog kita untuk laluan iklan. Alhamdulilah, blog saya juga mencatatkan pendapatan iklan yang sangat memuaskan. InsyaAllah, saya akan terus menulis selagi hayat dikandung badan. Saya berjanji akan sentiasa memberikan manfaat kepada pembaca menerusi tulisan saya,” ungkap Ben sebelum mengakhiri temubual kami hari itu.
Huih.. pe lagi.. g laaa serbuuu ...
Pergh... ramai lagi siutttt
Gulp ... Broframestone call aku .. Biasanya sekali 8 tahun baru dia call aku .. Aku control suara ala ala Jamal Abidillah .. Tapi dapat Jamal Pak Tongko punya suara... Tak kisah la.. janji ada Jamal ..
Dia cakap kat aku .. Heliza jemput aku ke majlis dia sabtu ni .. Aku kurang pendengaran .. Aku dengar 'Elija' ... Elija mana pulak nehhh .. Aku malas nak anggap 'elija' tu HELIZA ... Kang syok sendiri lak aku .. hahaha.. Lagi pun mana la dia kenal aku.. Aku kenal dia ada la..
Pastu dia ulang bicara dia .. Aku nak tangkap sebutir sebutir .. Wah.. betul la.. HELIZA jemput aku .. Aiseyman.. ni nak kena set rambut ni.. Baju ??? Color ?? Kasut ?? Beg tangan ? Mesti sama color semua nih !! Grr... duit lagi nih ..
Aku tanya dia sapa lagi ada ? Dia kata dia ada la .. Cait.. ada je dia .. ahahha.. tak pe... Dan dia kata , sapa sapa yang berminat pon leh pergi tapi kena bayar..Part ni aku serahkan pada Bro.. aku tak tau apa apa .. heheheh..
Cuma persoalannya , boleh ke aku pergi ? Jadual aku penuh ni.. Hari sabtu ni aku dijemput ke reherseal GRAMMY AWARDS kat Sg. Petani , Kedah ... tu je la masalah utama aku ni.. Maklumlah , aku kena cover untuk majlis tu.. Aku pon nak jadikan blog aku neh blog artis gitu.. hehe.. asik dok buat entri SEGMEN jer.. Kali ni lain skit .. SEGMEN BERSAMA ARTIS HOLLYWOOD pnya ..
Aisey.. apa aku merepek daa ... Bro , nanti aku confirm eh.. Ai segan uuu .. auwww... Eh.. wartawan ada ? Leh celah tepi tepi nanti.. hahaha..
Tergoda ? Kalau tak kuat iman bleh tergoda dengan blogger blogger skang ni .. Kacak dan jelita tu.. Aku tak leh tergolong dalam kategori tu dah sbb tua dah.. Yang tinggal untuk aku cumalah macho jer .. Hurm..
OK... 20 lagi blog .. jom kita g berkenalan .. ok ?
BLOG DISENARAIHITAMKAN !
Aku ditanya oleh salah seorang blogger tadi.. dalam blog aku la.. Dia tanya , blogger baru ni layak ke join gathering ??
Mana layak !! Tak leh tak leh !! Blogger baru kena popular dulu baru leh join gathering !! Grr... Hehe.. Acah jeee... aku memain je haaa... Iskhh.. takkan sampai gitu sekali kan ?
Bagi aku la kan , tak kira la apa status sekali pon .. bertaraf diva ke.. bintang .. personaliti harapan ke .. blogger terbaik je .. blogger baru buat blog tadi je .. Kalau nak join , join jer la.. Lain la tu gathering tertutup.. Hanya dijemput saja .. Tu aku tak leh nak komen ..
Cuma satu je pesanan aku .. Bila join gathering ni , pandai pandai bawak diri.. Jangan tunggu blogger lain datang tegur.. Kita sendiri kena 'tersengih' n g borak borak .. Buat selamba kodok je .. Kalau duduk diam , maka kita seolah dipinggirkan .. Kalau jadi kes gitu , jangan tuding jari kat orang ..
Gathering mmg best bila join .. Rugi tak join .. Ok ? Pengalaman persahabatan yang akan diingati sampai bila bila .. Kan kan ?
Haaa... ini adalah senarai blogger blogger yang sedang meningkat naik... Apkah rahsia diorng eh ???
Pergh... tetiba bz !!! Grrrr ..
TUTUP SUDAH !
Atas permintaan rakan-rakan blogger ... aku kembalikan segmen suai kenal mengikut FOLLOWERS .. bukan nak kategorikan blog tapi senang gini.. kang kalau ikut tahun , ada gak yang 'tinteng' aku haa..
OK.. tamo cerita panjang .. Ini sekadar segmen suai kenal antara blogger.. bukan nak g kutuk mengutuk atau mencari blog atau blogger cun atau kacak belaka.. okeh ?
Untuk sertai , sila buat satu entri khas :
Tu jer .. mudah ? malas nak berjela jela .. Tutup ? Malam ni.. okeh ? Segera !
BARCELONA: Google hari ini menyatakan pihaknya 'amat, amat bangga' dengan aktivis siber, Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google yang muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir, kata Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt.
Ghonim, yang mengetuai bahagian pemasaran Google untuk rantau Asia Barat dan Utara Afrika, menjadikan akaun Facebook miliknya untuk menaikkan semangat dan gerakan penentangan rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mubarak.
Eksekutif berusia 30 itu juga tampil di kaca televisyen dalam satu temubual yang penuh beremosi selepas dia dibebaskan daripada tahanan polis selama 12 hari sebaik demonsrasi jalanan tercetus di Mesir.
“Kami amat amat bangga dengan apa yang dilakukan Wael Ghonim di Mesir," kata Schmidt dalam satu majlis meraikan pengamal industri telefon bimbit di Barcelona.
“Mereka kini boleh menggunakan teknologi baru termasuk Facebook, Twitter dan media sosial lain sebagai landasan menyuarakan rasa hati rakyat.
"Dan ini salah satu contoh terbaik mengenai ketelusan. Kami mengucapkan mereka agar berjaya.
"Saya sudah bercakap dengannya (Ghonim) dan kami amat, amat berbangga dengannya," katanya.
Dalam temubual bersama stesen CBS “60 Minutes” yang disiarkan Ahad lalu, Ghonim berkata gerakan penunjuk persaaan yang membawa kepada kejatuhan Mubarak mungkin tidak akan menjadi kenyataan tanpa wujudnya rangkaian laman sosial.
“Sekiranya tiada rangkaian laman sosial, ia tidak akan tercetus," katanya.
“Ini kerana apa yang berlaku sebelum revolusi adalah perkara yang amat kritikal. Tanpa Facebook, tanpa Twitter, tanpa Google, tanpa You Tube, ini tentu tidak akan berlaku,” katanya. - AFP
Sampai jugak ke opis tanpa warna merah tercatit .. Hehe.. azam baru yang lama .. Mengekalkan rekod kehadiran.. Kalau lewat pon , aku akan salahkan lrt.. tak kira tak kira ..
Dari stsn Lrt tu , aku kena berjalan kaki terus ke PWTC .. kena lintas jalan yang boleh dikatakan agak sesak dengan kereta .. Eceh.. kononnya la sesak .. tak de maknanya !
Aku pon cam biasa , tengok kiri.. tengok kanan.. tengok kanan nampak awek.. tak nampak kereta lak .. Jom jalan sekali .. Hahaha.. Ada sapa nak tumpangkan aku malam ni ? Sah kena halau dek wife .. Haha.. Guwauuuuu laa... aisey..
Sambung.. tengok kiri...tengok kanan.. line clear ! 'Along' pon takde ! Leh lintas ... Tinggal satu lagi lorong.. usha kiri.. Ok.. lepas kereta ni , aku leh jalan memandangkan kereta yang sedang menuju ke arah aku tu agak perlahan ..
Tiba tiba kereta tu lagi laju ..Huh ! Apakah dia buta lelaki sekacak aku ini sedang melintas ??? Grr.. Nak je aku tunjuk 'jari tengah' kat dia ... tapi memandangkan ada awek berhampiran dengan aku , kensel.. Aku tadahkan kedua dua telapak tangan aku .. doakan dia terbabas di longkang kecil depan rumah dia .. Haaa.. padan muka diaa .. ECeh..tak baik tauuu.. Aku tipu je bab doa tu.. jangan doakan sesuatu yang tak baik untuk mereka ... Kita doakan je kesejahteraan mereka.. Biarlah yang buruk itu , Allah tentukan ..
Baik tak aku ? Ok.. sambung.. selepas tu .. aku hanya mampu mengeleng kepala aku .. Terpaksa aku berlari anak tadi sbb kereta tu laju tetiba.. Geram sudah pasti.. Nasib baik tak tersungkur.. Kalau tersungkur tadi ???
" Bosss .. saya mc.. jatuh tadi "