Bagi yang tak sempat baca / beli ..

by - Rabu, Februari 16, 2011

1

2 3

‘Fitness & Blogging’

Inilah Dunia Saya

Tampan, ‘smart’ dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini.

Pertemuan RAPI dengan Ben pagi itu diadakan di Bionic Gym, gimnasium pilihannya untuk ‘workout’ sejak 10 tahun yang lalu. Di sinilah Ben mula melibatkan diri dengan aktiviti bina badan selepas kecewa dengan sukan bola sepak yang pernah diminatinya satu ketika dahulu.

Dalam seminggu, Ben akan ‘workout’ pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rutinnya bermula selepas waktu kerja iaitu dari pukul 5.30 petang hingga 7 malam. Tak cukup dengan itu, Ben turut mempunyai gimnasium sendiri di rumah. “Saya terikat dengan kerjaya di Kementerian Pelancongan. Ada masanya saya tak sempat hendak pergi ke gim kerana hambatan tugas. Oleh itu, saya akan ‘workout’ di rumah saja,” jelas Ben.

Ketika ditanya bagaimana dia bersenam sehingga mampu memiliki badan seperti ini, Ben tersenyum sambil memberitahu yang semuanya kerana komitmen dan usaha yang tidak pernah jemu. “Untuk mendapatkan badan sebegini, saya terpaksa menggemukkannya terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya bersenam di gimnasium. Kini, saya hanya perlu meneruskan rutin senaman untuk ‘maintain’.” Untuk pengetahuan pembaca, berat Ben ialah 90 kg dan ketinggiannya pula 179 sm.

Gaya pemakanan Ben juga sangat berbeza dari orang lain. Setiap pagi, isterinya, Norazila Mohd Zain akan menyediakan kacang panggang, air suam dan susu suam. Tengahari pula Ben hanya akan minum oat 3-dalam-1. Untuk makan malam, dia memilih nasi, ayam ,telur dan ulaman. Hanya pada hujung minggu sahaja, Ben dan isteri akan menikmati apa sahaja makanan yang disukai. Tetapi menu untuk Isnin sampai Jumaat, inilah dia.

Menurut Ben lagi, dunia kecergasan mampu memberikan ketenangan jiwa padanya sekaligus menghilangkan tekanan yang sesekali melanda. “Rutin kecergasan saya bukan hanya di gim. Bahkan dalam kehidupan seharian juga saya memang aktif. Saya tidak suka memandu sebaliknya lebih suka berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam. Memanglah orang luar nampak penat tetapi saya tak kisah.” Hmm, tidak hairanlah dia mampu ‘maintain’. Memang sukar tetapi hendak bertubuh segak, kenalah berkorban sedikit, ya?

“Kepada mereka yang sering melepak dan tak tahu nak buat apa, saya syorkan agar anda bersenam sahaja di gimnasium. Namun usah ambil jalan singkat pula kalau hendak membina badan. Jauhi pengambilan steroid kerana ia boleh menyebabkan risiko pada tubuh dalam jangkamasa yang lama. Satu lagi pesan saya, jangan merokok,” terang Ben.

www.benashaari.com

Tempat Curahan Hati dan Ekspresi Diri

Selain aktif dalam dunia kecergasan, Ben juga adalah seorang blogger yang aktif. Blog ini walaupun baru berusia setahun lebih tetapi telah mencatatkan pengikut seramai 7000 lebih dan jumlah pembaca melebihi 100,000 setiap sebulan. Wow! tentu ada sesuatu yang menarik di situ sehingga ramai yang memilih untuk menjadi pengikut dan setia membaca tulisannya.

“Mungkin anda sukar untuk percaya, tetapi menulis adalah jiwa saya. Di sekolah dulu, subjek Bahasa Melayu adalah subjek pilihan. Menulis puisi dan sajak pula memang hobi saya. Kini, minat tersebut saya zahirkan menerusi penulisan blog. Saya menulis bukan untuk mencari populariti. Saya menulis jujur dari hati sekadar melahirkan pendapat, idea dan pengalaman sendiri. Dalam masa yang sama, saya mahu pembaca juga sama-sama mendapat manfaat daripada tulisan saya.”

Kami sempat bertanya, apa agaknya tip yang boleh Ben berikan untuk menjadikan sesebuah blog itu berjaya dan digemari ramai? Jelas Ben “Kita mesti rajin ‘update’ blog. Cerita yang ditulis biarlah ikhlas dan kreatif. Kita juga mesti tahu bagaimana cara yang betul untuk mempromosi dan menyebarkan blog kita.”

Satu yang menarik untuk dikongsi, penglibatan secara aktif dalam blog juga boleh memberikan pendapatan sampingan. “Apabila blog kita dikunjungi ramai, biasanya akan ada pihak yang berminat untuk menyewa blog kita untuk laluan iklan. Alhamdulilah, blog saya juga mencatatkan pendapatan iklan yang sangat memuaskan. InsyaAllah, saya akan terus menulis selagi hayat dikandung badan. Saya berjanji akan sentiasa memberikan manfaat kepada pembaca menerusi tulisan saya,” ungkap Ben sebelum mengakhiri temubual kami hari itu.

You May Also Like

62 comments

  1. bila la bley masuk majalah cm abg ben ni? huhu. tp tgk muka ngan bdn gk la klu nk masok pon. klu asyik pekena teh ais teh tarik tiap2 hari, cmne nk masok. huhu

    BalasPadam
  2. wiiiwiitt..keluar majalah..nak kena beli nieh...hehehee...caya lah abg BEN..

    BalasPadam
  3. terbaik dari abang ben !

    BalasPadam
  4. saya sudah beli sbb nak tgk ape citenya yg BA heboh2kan dlm blog.So,serba sikit info ttg BA dpt tau la jugak.

    BalasPadam
  5. wah bagus lah diet bro ben nie.... tin IEB bagi tips nie kat en. suami lah.. tak sempat nak beli rapi hari tu

    BalasPadam
  6. cayalah bro...menu diet yg sihat..rajin wife bro buatkan...keep it up bro..

    BalasPadam
  7. Siapa yang belum beli lagi tu cecepat ye.. SOLD OUT!!
    Jemput ke:ALL IN ONE

    BalasPadam
  8. wah..wah..popular tu..badan ketul-ketul lagi..huhu..eja tak pernah lagi ke gym..

    BalasPadam
  9. dh beli dan khatam baca pun ben. Ptg semlm aiman sebut nama ben sbb dia nmpk lelaki tinggi kat MidValley.

    mlm dia sebut nama ben lagi sbb dia nmpak The Rock kat TV. Ada tersedak tak malam tadi?? hihi ..

    BalasPadam
  10. Majalah ni dah ada dalam koleksi mini perpustakaan peribadi. Masa beli that day, tengah teruja baca tetiba kawan saya kata

    Ehhh.. ni bukan ker blog yg selalu kau tengok. Waa dah masuk majalah yer..

    Cehh..ada rasa bangga didalam hati..sebab En. Ben dah berjaya.

    BalasPadam
  11. tahniah Ben.

    gmbr kecik sgt le hehe.

    BalasPadam
  12. hahahaha....nak beli tak sempat, dh habis...dapat jugak baca....

    p/s : 1980 bukan 34 okey!!

    wakenabeb!!!hahahaha xpe2...

    BalasPadam
  13. fulamak~ gile style~ masuk megazine lagi~ XD terbaik la brader ben~ tabik spring!

    BalasPadam
  14. tak payah beli p0n tak pe . bace kat sini je . hehe . :)

    BalasPadam
  15. wau...satu perkembangan yang sihat...

    BalasPadam
  16. peewiit masuk RAPI, lepas ni masuk majalah MASKULIN pula !! ;)

    BalasPadam
  17. naz dah beli :)
    tapi cam tak puas jer baca...hnya da 2 pages. huhu

    BalasPadam
  18. hebat!!! mesti tambah fofular lagi selepas ini....

    BalasPadam
  19. saya dh beli......... mmg tiap2 bulan beli pun.

    BalasPadam
  20. Wah!dahsyat la abang Ben nie.. Nie ade chances untuk jadi artis..masuk hero remaja ker maskulin ker leh menang nie..tak nak cuba ker abang ben? hehe

    BalasPadam
  21. tahniah ben .lepas ni leh bergelar jutawan blogger lak.hihihiihi

    Jom baca: Pagesviews by countries

    BalasPadam
  22. cayalah Abg Ben!!
    Mabruuk2!!Bravo2!!

    BalasPadam
  23. peewwiit..masuk majalah gitu..hehe..
    tahniah abg ben..

    BalasPadam
  24. bestnya jadi macam ni. nak jugak :)

    BalasPadam
  25. tahniah abg ben..info yang terBAIK... ^___^

    BalasPadam
  26. klu ikot menu Ben nie, mau gak aku kbuloq spanjang hari...apa tidaknya..pagi nasik lemak...t.ari mlantak nasik lagik kat AliMaju...ptg, x mkn dah..hahahaha..

    BalasPadam
  27. awal2 lg dah beli abg ben...:)

    BalasPadam
  28. Mantap la bro ben ni.
    makin bersemangat nazterjah bila baca kate2 ben kat majalah rapi tu.
    Tabik la ben ashaari..

    BalasPadam
  29. glamor macam artis la abg ben sekarang

    BalasPadam
  30. terbaik ni abg ben masuk majalah ehhehe nk beli ada lg ka..tak smpt nk pi kedai jual majalah tu la balik karang nk trai pi jeguk kedai dan beli ehehe

    BalasPadam
  31. abg ben masuk magazine! tahniah! nyata best! ;D

    BalasPadam
  32. Terbaek la Ben .. hehehe... lepas nih tunggu eqbalzack lak buat paparan yang serupa .. jenuh tu nak taip balik tu

    BalasPadam
  33. alah ..tak beli lagi nie ..kejap lagi kena p cari

    BalasPadam
  34. Yeh!!! itu dia rahsia Ben Ashaari... dah beli pun majalah ni..best punya...

    BalasPadam
  35. tahniah Abg Ben. Aku pun nak panggil abang. Bajet muda.

    BalasPadam
  36. wah3.....en.ben makin top meletop.lps ni agak2 mag apa pulak yer..tahniah la ben.semoga terus kedepan dan berjaya.

    BalasPadam
  37. ku dh beli magazine last week lagi.bile selak2 tgk ade ben ashaari
    terus ckp my husband ben ashaari dh pemes tuhhhh huhuhu

    BalasPadam
  38. dah beli dh..mase baca tu, tetiba ternampak abg ben lak dalam rapi tu. hehe

    BalasPadam
  39. Salam..
    Sempat baca.. tp tak sempat beli.. hehehe

    BalasPadam
  40. sy mmg beli nih, belek2 tgk2 ada abg ben dlm tu. waahh, kagum! :)

    BalasPadam
  41. tampan.. smart dan bergaya..

    oh.. bile la along nak sampai tahap tuh.. agagaga...

    ketul2 kat badan pon takde.. =p

    BalasPadam
  42. da beli dan da baca...mmg terbaiklah... ^__^

    BalasPadam
  43. da beli dan da baca...mmg terbaiklah... ^__^

    BalasPadam
  44. yuhuuuuuu....aida dah beli & baca..memng terbaik la en ben... semoga terus berjaya lagi!!!!!!!..;)
    teruslah mnjadi inspirasi kepada semua blogger kt mlaysia ni..;)

    BalasPadam
  45. pehhh ! masuk majalah ! tahnia abg ben! mmg sesuai sgt tu ---> "tampan, smart dan bergaya" =')

    BalasPadam
  46. fuhhyoo..
    abg ben masok majalah..
    caayaaa laa...
    (:
    tahniah..

    BalasPadam
  47. terbaik la..nak amal kn mknan mcm ben la..gi gym x alamkn mknan yang betol bdan xleh jdi mcm ben jgk..thanks ben konsi tip2 ni

    BalasPadam