Bosan .. Tajuk membosankan ... TRAFIK ni apa ? LALU LINTAS ? Kalau dalam dunia blog TRAFIK ni apa ? Ada pelbagai istilah .. Tapi bagi aku , satu jer ... PEMBACA ... Aku hanya perlukan pembaca tulen singgah di blog aku dan itulah TRAFIK sejati ...
Pembaca tulen ni ... ada dua.. kalau dia suka , dia komen... kalau dia tak suka , dia pergi... Tapi dia akan datang lagi .. Nak tengok , ada perubahan tak ... Tak de gak ? sekali lagi dia pergi... Dan dia akan kembali untuk kali terakhir untuk melihat perubahan .. Jika tiada , sayonara .. Dia akan pergi , kalau kembali pon sekadar menjeling .. kot kot ada perubahan .. hehe ... Sbb tu susah sangat kita nak dapat komen dalam blog .. kan kan ?
Ramai blogger tercari cari TRAFIK .. Blogger yang pandai bermain dengan coding , maka dia akan tunggu TRAFIK .. Dipasang segala jerangkap samar , kemudian dia akan makan dengan sekenyang kenyangnya .. Tak payah susah payah .. Satu umpan sudah memadai untuk seminggu ..
Berbeza dengan aku .. Aku mengamalkan mencari TRAFIK .. Aku tak terkejar kejar TRAFIK tapi aku cari .. Di mana lubuk lubuk TRAFIK selalu lepak .. haaa.. Ada mukim mukim 'diorng' ni .. Kalau jumpa , mewah beb ! Mewah dengan komen , semangat dan juga kawan .. Mereka ini boleh jadi pembakar semangat jika kena gaya.. Tak kena gaya , kita dibakarnya ! Haha...
Jadi , cuba fikir.. mana satu korang nak sebenarnya .. Korang nak kejar trafik.. Korang nak cari trafik ? Atau nak tunggu je Trafik tu singgah kat blog ?
P/s : Ada 'alien' panggil aku TUHAN TRAFIK ... hahaha...