Dalam entri aku semalam (link), aku ada kata kelebihan aku dalam dunia blog ini ialah aku punya BLOGGERS .. Apakah maksud aku itu ? Haa.. nak tau ? Hehehe ..
Permulaan aku berblog , aku cuba ikut ajaran orang tua tua blogger la.. Pelbagai cara aku buat ... Mmg tinggi trafik.. serius .. berbaloi ? Takde kepuasan bagi aku ...
Bak kata BEAUTIFUL NARA , dia punya puluhan ribu pengunjung sehari tapi majoritinya dia tak kenal.. pembaca yang mana menggunakan search engine untuk masuk ke blognya .. Mmg menakjubkan.. Mmg best ! Tapi Ben Ashaari , tau sapa yang masuk ke blognya .. iaitu majoritinya BLOGGER !
Aku bermain dengan SEO ... isu harian .. copy paste artikal berita .. artikal ... dan banyak lagi semata mata untuk mendapatkan trafik yang tinggi.. Mmg dapat .. Tapi bila aku baca blog blog yang mana lebih bersifatkan peribadi , mereka lebih gemar bercerita tentang rasa hati , tentang perasaan .. apa yang dirasanya tika itu lalu dikongsi bersama rakan pembaca .. aku rasa seperti punya rakan di depan mata aku.. pelbagai pendapat dikembalikan pada aku ..
Bila rasa bosan .. aku punya SEGMEN .. seolah olah satu game .. Aku bagi soalan , rakan rakan blogger buatkan jawapan .. Disitu pastinya semua dapat membaca pendapat masing masing sambil berhibur... Betul ? Sbb tu aku tamo buat contest.. aku nakkan satu komunikasi dua hala... Kalau contest je , aku ajar pembaca aku satu seperti berblog hanya untuk mendapatkan $$ dan hadiah .. Tamo la gitu ..
Pengalaman dalam dunia blog dan juga aktiviti aku bersama 1tube.my memberi aku satu pandangan baru terhadap dunia blog .. Baru aku sedar di mana aku berada sekarang ini .. Dan sebenarnya aku punya satu hubungan yang sangat rapat dengan para bloggers ..
Apa buktinya ? Setiap kali aku buat segmen , tidak sampai satu jam , pastinya lebih dari 100 blogger menghantar penyertaan mereka walaupun segmen ini nampak ' mengarut' tapi mereka memberi sokongan .. ibarat aku ajak main kejar kejar , semua nak join.. Mereka menyokong aku dari belakang dan aku sendiri menyokong mereka ...
Nak diikutkan pada Google Analytics , terdpt lebih 4 ribu blog meletakkan BEN ASHAARI.COM di dalam blog mereka ..
Semua ini aku fikirkan sewaktu aku mula mula berblog .. " Bagaimana aku nak tackle blogger ? " ... Bukan mudah ! Sangat susah ... Mereka manusia.. bukan robot... Aku bukan tackle guna keyword.. Aku kena tackle perasaan mereka ... Bagaimana ? Hurm..
Alhamdulillah .. Setahun 5 bulan.. walaupun pada usia ini BEAUTIFULNARA dah capai puluhan ribu trafik dan aku cuma ribu tapi seperti aku kata , aku bersyukur kerana aku berada dalam hati para BLOGGERS ...
Ada yang tak kenal BEN ASHAARI .. Ada yang kenal tapi tak mengaku mengenali .. dan paling membanggakan aku , MEREKA MENGENALI BEN ASHAARI dan MEMBENCI AKU walaupun aku tak minta di benci.. dan yang benci aku pulak tu , bukan sehari dua sudah berblog tapi bertahun lamanya sedangkan sebelum aku mula berblog , mereka amat dikenali tapi sekarang , mereka mengenali aku ..
Bukankah itu satu kejayaan yang luar biasa ? Tak semestinya punya trafik tinggi baru punya kreditiliti untuk dikenali kan ?