Hurm... terbaca entri INI membuatkan aku tersenyum .. Aku perasan apa yang dia perasan .. Bukan sesuatu yang mudah bila dah menjadi tumpuan ramai blogger ..
Macam aku berbincang tadi dengan BROFRAMESTONE di dalam sungai ( link ) tadi , mmg spesis cam kitorang ni sering menjadi kaunter pertanyaan .. Soalan yang sama tapi berbeza situasi .. Takkan nak suruh rujuk entri yang sedia ada ? nanti diorg kata sombong lak .. Penat weh .. Mau tak mau kena buat entri gak .. dalam pada masa yang sama , ramai dapat info tu gak memandangkan ramai blogger baru bertumpu di blog aku ini.
Mana satu aku perlu jaga .. yang satu atau berpuluh yang baru ??? Aku cuba jaga kedua duanya selagi boleh tapi aku ini manusia biasa .. susah dan sukar .. Seorang ibu sendiri pon susah nak bahagikan kasih sayangnya terhadap anak anaknya dengan adil apatah lagi aku yang tiada sebarang ikatan rasmi dengan blogger kecuali kawan .. Aku buat mana yang termampu ..
VLOG dan BLOG .. blog adalah kesayangan aku .. Vlog ada sesuatu yang baru dan ianya menarik ! Apa salahnya aku cuba buktikan pada mereka yang selalu kata tiada masa itu bahawa aku boleh buat kedua duanya sekali ? Berkorban ! Dan ianya menarik serta berbaloi ..
Berkaitan video 1tube.my diletakkan dalam Facebook.. Setahu aku pihak 1tube cuba mengelakkan menggunakan FACEBOOK dan YOUTUBE .. Perlu tahu , semua komputer boleh mainkan video yang berada di 1TUBE.MY .. Kalau tak boleh , bermakna komputer itu yang bermasalah dan jika benar benar berminat , kena usaha cari jalan penyelesaian ..
Dan buat pengetahuan ... entri aku bukan schedule ... apa yang aku taip adalah apa yang aku rasa .. sekarang dan saat ini .. Mungkin berulang ulang entri aku tapi kena tau , itulah yang aku rasa .. Kita sendiri pon dok mengulang bicara tentang perkara yang sama .. Seorang pensyarah pon akan mengulang topik yang sama pada setiap kali ada pelajar baru.. Takkan nak suruh pelajar dia baca je dalam buku kan ?
Berkaitan BEN ASHAARI dan 1TUBE.MY itu , akan diketahui satu hari nanti ...