Tengok berita sukan tadi ? Huhu... Raket yang digunakan Lee Chong Wei sewaktu menjuarai All England 2011 berjaya dilelong dalam satu majlis amal kutipan derma dengan harga RM200,000 !! Pergh... dan jumlah hasil lelongan tadi ialah RM700,00 !! Cayalah Chong Wei !!
Dan yang menariknya ... Perlawanan amal antara Chong Wei dengan Taufik dilangsungkan .. Sapa menang ? Tu tak kisah la... Sbb tau tu mmg perlawanan amal je kan ... Yang buat aku terharu ialah bila Taufik kata , Chong Wei call dia dan ajak buat perlawanan amal tu haa... dan dia setuju !! Wah.. bestnyaaa.. aku tau sangat perasaan teruja gitu !! Dua jaguh dan lagenda badminton , bergabung dan mengadakan persembahan amal demi mengutip derma untuk orang lain ! Terharu aku bila dengar gitu.. Yelah , rasa rasa Lin Dan nak ? hahaha.. guwau jer.. Yelah kan , dua dua ni bukan satu negara tapi bersahabat ! Membuktikan bahawa dalam sukan boleh menjalinkan persahabatan yg utuh !
OK.. tutup pasal tu... Aku nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan takziah buat keluarga Seri Bayu atas pemergiannya .. Al-Fatihah ...