Hurm .. Apakah tujuan promosi blog ? Dari mana timbul idea ni ? Sejak aku dalam dunia blogging ni , walaupun masih mentah tapi aku berusaha menaikkan blog dengan cara tersendiri .. Cara klasik ialah tarikan trafik secara SEO dan pelbagai lagi .. SEO adalah paling mudah ..
Kemudian apa yang aku perasan ialah review blog .. Cuma apa yang aku perasan ialah , blogger akan review blog yang mana blog milik kenalan mereka sahaja .. Tak pe ... takkan nak review blog orang kita tak kenal kan ? Kang kena maki lak ..
Aku ketika tu nak bergerak susah giler .. trafik dapat 100 UV dah bangga dah .. maklumlah , blogger yang tiada nama langsung .. Ada sapa tolong ? Tolong bagi semangat jer... nak promote jauh sekali laaa...
Jadi aku terfikir bagaimana aku nak promote blog aku ni ? Maka bergeraklah aku seorang diri di dalam FACEBOOK .. waktu tu tiada lagi sebarang kelab promosi blog.. Yang ada Gengblogger.com .. tu pon aku tak nak bergantung sangat sebab kita boleh ping sekali jer.. Nak popular ? kena join forum ... Tu aku tak gemar sebab kena lepak lama kat situ ..
Dengan wujudnya akaun aku yang mana majoritinya rakan rakan perempuan yang punya bilangan kawan yang besar di dalam akaun mereka , aku tumpang seketika di wall mereka .. tu pon ada yang tak puashati kata aku spam sedangkan aku tinggalkan link tu berkaitan dengan mereka gak.. Tuan punya tak kata apa tapi kawan kawan lak lebih ! Pelik ..
Jadi sekarang , aku buat dengan cara aku sendiri.. Aku tak kacau mana mana blog langsung !!!!! Aku buat di blog aku .. Dengan cara paling mudah dan ringkas !! Satu banner dan satu tajuk .. Tujuan nak kumpul seberapa banyak blog dan kemudian kita bergerak ... ikhlas atau tidak , tu terpulang pada masing masing .. Ini adalah langkah permulaan nak kumpul rakan blogger atau mudah untuk kita maju nanti ( jika rapat , mana tau boleh tersenarai dalam bloglist mereka kan ? ) dalam arena blogging ni ..
Ini cara paling mudah aku mampu usulkan .. Kemudian , ada yang pertikaikan FOLLOWER tu takde makna !! Harap ramai tapi yang masuk sedikit !! Mmg laaa.. Kalau 1000 FOLLOWER , nak harap 100 pon belum tentu kan ? Sapa kata ??? Meh aku tunjuk bukti ...
Paling tinggi !!! Datangnya dari blogspot sendiri ! Rasa-rasanya dari mana tu ??? Diorng tau sendiri ker ?? Itu untuk sepanjang bulan lepas .. Jadi rasa-rasanya FOLLOWER tu tak penting ke ?? Nampak sangat tak pernah buat kajian ... Ingat suka suka je eh diorng buat ? Saja nak kumpul peminat blog yer ? Hehehe..
Kedua .. FOLLOWER dari faktor psikologi ... Bila kita tengok satu satu blog tu , punya FOLLOWER yang besar , pastinya WOW terkeluar dari mulut kita .. Kenapa ? Sbb bukan mudah nak dapat FOLLOWER tu.. Konsep berbeza dari FACEBOOK ... Kita boleh follow orang tu tapi dia tak semestinya akan follow balik kita kan ? Jadi camana nak buat agar dia follow kita balik ??? Tu pasal blog kena mantap ! Kalau blog ala ala budak tadika punya layout , maka diorng tengok pon sebelah mata ... Salah sapa ???
Aku amik kata kata ni dari mereka yang bz bincang pasal FOLLOWER
"Tk semestinya ramai follower kita ni bagus dan tkde org follow tak bagus!! Baik diam diam ubi kan "
Kalau kita bagus , kenapa dia tak FOLLOW ??? Cuba pk balik ...
Tujuan promosi blog adalah untuk memperkenalkana blog kita dikalangan rakan rakan blogger yang baru dan juga lama ... Semudah itu je ... Itu adalah untuk tempoh masa yang singkat. Bila dah mampu bergerak sendiri , maka jadilah seperti anak singa.. Pandai pandai la bawak diri.. Yang nak ikut mak juga sapa suruh ???? Taring dah ada.. kuku dah ada .. g la cari makanan sendiri .. takkan nak suruh mak suap lagi kot ??