Aku tak pernah bercita cita nak jadi blogger .. Malah tak teringin langsung .. Tapi itulah .. kita hanya mampu merancang .. Namun begitu aku punya satu kegemaran iaitu berkarya ..
Setelah setahun lebih aku memiliki blog yang mana saban hari aku menghabiskan setiap jam dengan mengemaskini segala cerita di dalam blog aku ini , pelbagai kenangan yang telah aku perolehi ..
Pahit dan manis ... mmg mengisi segala memori kehidupan aku sebagai blogger .. Tapi pahitnya tenggelam dek dengan kemanisan yang aku perolehi .. Dan aku amat menyukainya ..
Kawan dan lawan .. Segalanya adalah normal .. Di dunia nyata ini pon kita sendiri punya lawan kita sendiri.. Kita tak boleh memaksa mereka menyukai kita .. Tetapi kita boleh buat mereka menyukai kita dengan cara menghampiri mereka .. Sukar tapi mencabar .. Namun aku tak berminat untuk melakukannya .. Biarlah mereka membenci aku yang mana aku sendiri tidak membenci mereka ..
Kenangan manis aku sebagai blogger selain dari perjumpaan bersama rakan rakan blogger ialah .. jemputan bertaraf MEDIA khas buat aku sedangkan aku ini seorang blogger yang baru saja berjinak jinak di dalam dunia maya ini ..
Menghadiri konsert BSN , adalah satu mimpi menjadi kenyataan .. Rujuk entri 1 , 2 dan 3 .. Haih.. menyaksikan persembahan yang mana aku hanya berada di depan mata tanpa sebarang halangan !! Haa.. amik kau !! Kumpulan kegemaran aku buat live konsert depan mata beb !! Ni bukan konsert fun fair okeh !! haaa..
Kemudian , aku dijemput menghadiri majlis pelancaran album single HELIZA ( rujuk sini ) .. Haa... menarik ? Pergh.. ni baru setahun berblog.. Lagi 5 tahun ? Sapa tau kan ? Dengan berblog ni kita leh kenal macam macam peringkat orang di Malaysia ini ..
Banyak lagi kenangan yang aku perolehi sebagai seorang blogger ..Tak larat nak cerita ... Segala penat lelah aku mengeluarkan idea , dibayar dengan kenangan manis .. Alhamdulillah.. Malah aku sendiri punya ramai kawan blogger yang rapat dari segala pelusuk negeri di Malaysia dan juga rakan rakan pelajar yang berada di luar negara sampai ke Rusia sana tu.. Haa..
Kesimpulannya .. apakah aku menyesal jadi blogger ? Jawapannya , korang dah tau ... hehehe....