Teruk sangatkah jadi BLOGGER ni ? Hurm.. Tak dinafikan mmg ada memandang negatif terhadap blogger ni .. Blogger ni ibarat wartawan tabloid yang mencari cerita cerita panas untuk melariskan akhbar mereka jer ... Cerita hantu , gossip artis yang melampau .. dan banyak lagi lah isu yang sememangnya diluar jangkauan wartawan biasa ni ..
Terbaru aku baca di wall FACEBOOK seseorang .. " Siapa BEN ASHAARI ?? " .. Maka jawapan yang dia dapat ialah " BLOGGER " .. Kemudian ... disusuli dengan " HAHAHAHHAHA " ..
Aku tak nak berprasangka buruk .. Tak masuk syurga aku nanti ...Tapi kenapa dia ketawa dengan panjang ? Apa yang aku faham ialah , BLOGGER ?? Hahahahha ... Gitu la .. Seolah blogger ni macam nothing.. Tak menyumbang sebarang kebaikkan pada negara !
Tak dinafikan mmg terdapat blogger yang begitu.. hanya mencari isu isu panas untuk dapatkan hits yang tinggi tetapi jumlahnya boleh dikira la.. Kira masih bernasib baik la kan ..
Ingin aku tanya laa..Apakah blogger ni semua teruk ke ? Buat blog semata mata untuk mencari publisiti murahan ? Hurm... Kalau kerana seorang punya hal , lalu semua kena tempiasnya?? Huih.. mana adil gitu kan ?
Apa yang aku nampak sekarang ... banyak blogger menghasilkan entri yang bagus dan mereka ini terdiri dari cerdik pandai .. Bukan mudah menghasilkan entri yang bagus.. Pengalaman , kesabaran malah ilmu diperlukan untuk punya entri yang baik ...