Dapat kawan baru ? Tu semestinya .. Dapat ilmu ? Cerita terkini ? Tu sudah pasti.. tapi apa yang sebenarnya aku impikan bila aku mula berblog ?
Dulu masa aku mula ada blog .. aku selalu perhatikan di satu sudut ni .. BLOGLIST ! Selepas itu , aku mula angankan .. " Bestnya , kalau blog aku berada dalam bloglist diorng tu kan ? "
Tapi camana aku nak buatkan mereka letakkan blog aku di dalam bloglist mereka ? Bukan mudah kan ? Itulah antara perkara yang sering bermain di kepala aku !
Penting sangatkah ? Blogger lain dok fikirkan bagaimana nak dapatkan trafik tinggi .. atau menghasilkan entri yang menarik hati .. Tapi aku ?? Bagi aku , semua itu adalah kemudian ..
Yang aku inginkan itu , sekarang dah menjadi kenyataan .. Lebih 4 ribu blog ada letak BEN ASHAARI.COM di dalam bloglist mereka .. Dan aku amat amat terharu sekali bila melihat keadaan ini. Yelah kan , aku bukannya artis .. Blog aku pon bukanlah best sangat tapi mereka sudi letak jugak..
Pasal apa mereka letak ? Tu kena tanya mereka sendiri .. Yang aku tau ... TERIMA KASIH DAUN KELADI !