Satu penyakit yang mmg ada dalam diri kita selain BENCI , TAK SUKA adalah MENYAMPAH ..
Semua orang ada penyakit ni.. Cara nak hilangkannya adalah mendekatkan diri pada ALLAH setiap saat.. Kita mampu nak cakap atau memberitahu pada orang lain tapi kita sukar nak melakukannya kerana si syaitan durjana itu setiap saat membisikkan kata kata manisnya agar kita sesat bersamanya..
Serius , aku pon ada menyampah tengok muka seseorang .. Tak kira dari zaman muda hinggalah sekarang ni.. Ada je orang je yang aku menyampah tengok ..
Kesannya ? Perasaan busuk hati tu aku bawak sehingga ke dalam mimpi ! Terngigau ngigau !!! Ada sampai bertumbuk dalam mimpi wooo.. Maka bengkaklah buku lima aku disebabkan aku tumbuk dinding berkali kali ..
Apakah yg aku buat ? Ditakdirkan , Allah menemukan aku dan orang yang aku menyampah dan benci ni di satu majlis.. Aku dah tak larat nak menjeling atau bergaduh mulut dengan dia.. Bertumbuk nyaris berkali kali la.. nasib baik ada kawan kawan .. Aku dan dia , saling bermaafkan .. Dan alhamdulillah , selepas tu kalau terserempak , sama sama angkat tangan dan bersalaman ..
Hati sangat aman !!!! Tidur lena.. siap mimpi kawin 2-3 lagi wooo.. Tu masa muda dulu laaaa... Pesan aku , jgn menyampah kat orang.. Kita sendiri yang sakit nanti.. Dia tak sakit pon... hehehe...