Grrr..beberapa kategori dah diumumkan .. aku punya lom .. mat, tak yah bagi ucapan la ek..segan....
Iklan...aizat nyanyi sat...
Iklan...aizat nyanyi sat...
Published with Blogger-droid v1.7.2
Hurm.. mesti ada yang tertanya-tanya , " Ben tak buat dah ke segmen ? " .. Aah.. tak buat.. hehe.. Kenapa aku tak buat dah ? Sbb dah popular pastu tak nak buat ?
Hehe.. aku tak buat sebab .... saja nak sejukkan sedikit suasan dunia blogging ni.. Terlalu panas sangat sebelum ni.. Ada yang tak suka bila blogger asik buat entri segmen jer .. kan ?
Dan masa ni gak blogger blogger yang join segmen , tunjukkan skill masing masing.. Yelah , kan dah dapat rakan rakan baru .. ni la masa nak tunjukkan yang korang tu blogger berkebolehan yang mana tak bergantung pada BEN ASHAARI.COM ..
Jangan risau .. segmen tetap ada .. Selepas ni ada contest , tapi buat masa skang aku agak bz skit dengan hal peribadi .. Bila dah settle hal peribadi aku ni , baru tenang nak buat segmen , kan ? Hehe..
Apa pon , SEGMEN dan BEN ASHAARI tak dapat dipisahkan.. otak aku ni senantiasa mencari idea untuk panaskan dunia blog ni.. hehehe.. Dan , aku bangga ... hehehe.. bangga sebab membawa satu perubahan pada dunia blog skang ni.. Bila sebut segmen , semua pandang BEN ASHAARI .COM .. Wowww weee wuuuu ...
" Ben , dunia blog ni macam dunia artis dah kan ? Ada peminat , ada haters, ada pengkritik .. macam macam ada kan ? Siti Nurhaliza.. yang sangat popular tu pon ramai lagi tak suka.. Heliza Helmi .. dah cukup baik gitu pon ramai lagi benci.. Pelik ? Jangan pelik.. ni sikap manusia ...
Benarkah dunia blog ni macam dunia artis ? Hurm... aku nak nafikan , korang kata ya .. aku nak kata ya , korang kata syok sendiri plak mamat ni .. Jadi apa aku nak bagi jawapan eh ?? Pening neh..
Ada rakan blogger luahkan perasaan dia kat aku .. Kena sound ngan pengomen mengatakan blog dia tak berinfo .. Dan ada lagi .. Nak tulis pon letih dah ...
Apa yang jawab kat dia ialah .. " Tahniah ! Anda sudah popular !! " .. Kenapa aku kata gitu ?? Sbb dia dah ada pembaca yang prihatin mengenai blognya.. Yelah , mesti pembaca blog dia tu nak ada perubahan pada entri dia kan ?
CUMA , para pembaca kena tau .. ini adalah blog.. bukan suratkhabar online atau majalah hiburan ataupun majalah ilmiah.. Blog pulak ada banyak kategori... Yang paling banyak adalah blog peribadi.. Cerita pasal diri sendiri dan persekitarannya.. Yelah , kadang kadang cerita tu sekadar cerita.. Kalau teringin sangat nak baca yang berinfo , berlambak lagi blog ada .. Tak perlulah nak sound atau kritik blog tu .. Mudah je kan ? Klik je PANGKAH kat atas sekali tu.. selesai masalah ..
Tapi tu la..biasanya yang komen gitu adalah mereka yang rapat dengan kita .. Sepatutnya yang diberi adalah pandangan .. bukannya komen yang menjatuhkan semangat..
IKLAN
Kaya laaa.. kumpul pahala !! Hehehe.. sekadar memanjangkan... aku dapat kat email .. jadi aku kongsi la ngan korang kan.. Takkan nak kaya sorang sorang .. kan kan ?
Assalam
Ana Edar merupakan sebuah badan korporat yang mengedarkan makanan kesihatan, kosmetik, dan bahan kegunaan harian yang halal, selamat dan bermutu. Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan alternatif kepada masyarakat Muslim, kami ingin mengwar-warkan aktiviti kami untuk Julai iaitu Karnival dan Konsert Ana for Gaza.
Tarikh: 29-31 Julai 2011
Tempat: Stadium Kajang, Selangor
Konsert: 30 Julai (9:00mlm)
Aktiviti karnival: Jualan (sepanjang 3 hari), pertandingan, Forum Perdana (29 Julai, 9:00 mlm), senam pagi (30 Julai 7:30pg)
Anjuran bersama Rabbani
Kutipan derma untuk Gaza diadakan pada malam konsert.
Marilah bersama sebarkan poster dan informasi ini bagi membantu saudara-saurada kita yang berada di Gaza untuk menempuh Ramadhan yang lebih sempurna, disamping kita berhibur dengan persembahan di konsert nanti.
Kami berharap dengan kerjasama anda, kita dan muslimin lain mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah.
Terima kasih.
--
with regards,
Tg. Khalidah Amri Tg. Khiarafif
Business Development Executive
iShoppe
Ana Edar Sdn Bhd
03-61890484
Satu penyakit yang mmg ada dalam diri kita selain BENCI , TAK SUKA adalah MENYAMPAH ..
Semua orang ada penyakit ni.. Cara nak hilangkannya adalah mendekatkan diri pada ALLAH setiap saat.. Kita mampu nak cakap atau memberitahu pada orang lain tapi kita sukar nak melakukannya kerana si syaitan durjana itu setiap saat membisikkan kata kata manisnya agar kita sesat bersamanya..
Serius , aku pon ada menyampah tengok muka seseorang .. Tak kira dari zaman muda hinggalah sekarang ni.. Ada je orang je yang aku menyampah tengok ..
Kesannya ? Perasaan busuk hati tu aku bawak sehingga ke dalam mimpi ! Terngigau ngigau !!! Ada sampai bertumbuk dalam mimpi wooo.. Maka bengkaklah buku lima aku disebabkan aku tumbuk dinding berkali kali ..
Apakah yg aku buat ? Ditakdirkan , Allah menemukan aku dan orang yang aku menyampah dan benci ni di satu majlis.. Aku dah tak larat nak menjeling atau bergaduh mulut dengan dia.. Bertumbuk nyaris berkali kali la.. nasib baik ada kawan kawan .. Aku dan dia , saling bermaafkan .. Dan alhamdulillah , selepas tu kalau terserempak , sama sama angkat tangan dan bersalaman ..
Hati sangat aman !!!! Tidur lena.. siap mimpi kawin 2-3 lagi wooo.. Tu masa muda dulu laaaa... Pesan aku , jgn menyampah kat orang.. Kita sendiri yang sakit nanti.. Dia tak sakit pon... hehehe...
Aku tak suka polis
Aku tak suka cikgu
Aku tak suka doktor
Aku tak suka mat rempit
Aku tak suka jiran sebelah rumah aku
Aku tak suka ex gf aku
Aku tak suka pemandu bas ekspress
Aku tak suka ahli politik
Aku tak suka kawan aku
Bla bla bla bla ..
Apakah kita suka sangat diri kita ni ?
Apakah kita rasa orang suka sangat dengan diri kita ni ?
Apakah kita ni lebih mulia sangat dari orang lain ?
Apakah kita ni tak buat pernah buat salah ?
Dan apakah kita ni ikut 100% perintah Allah sehinggakan boleh menjeling pada orang lain ?
Sebelum tak suka pada orang lain , bagi dulu orang suka dengan diri kita ..
Balik dari kerja tadi .. tak sempat masuk rumah , member kat depan rumah aku dah jerit panggil lepak walaupun maghrib dah menjelang .. Tengok jam.. ok.. ada masa dalam 5-10 minit gitu ..
Yang panggil aku tu seorang ustaz di sebuah sekolah kat area aku ni gak.. Sorang lagi yang ada kat situ , pegawai pertanian .. hehehe.. Semua penjawat awam je yang tinggal kat area rumah aku ni.. Kiri , polis marin.. kanan , pegawai pendidikan .. depan.. polis marin.. belah sana, doktor.. haaa..pegawai agama la.. dan macam macam lagi la.. aku sorang je blogger.. haahahha..
Sampai sampai ,soalan pertama .. bila nak pindah ke Putrajaya dan selebihnya bab politik.. aahaha.. Menyampahnya mereka terhadap individu tertentu mmg dah ternyata semakin ketara .. Lebih lebih lagi ada berita terbaru mengenai individu tersebut..
Aku mampu tersenyum.. Yelah , aku pon mmg lama dah menyampah.. tapi apa boleh buat.. Tangan masih terikat .. nak kata lebih lebih pon , buang karan je kan.. Agaknya belum nampak jalan lagi..
Kadang-kadang kena ukur di baju sendiri .. Masing masing dok jaga tekak sendiri.. Kang kita lebih , kita lak yang kena.. diorg bersiul ke langit..
DAYUS !!!
Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...
Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..
Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...
Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...
Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...
Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!
7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..
Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....
Surah ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”
Surah an-Nisa ayat 35
Masih berbalut dan disimpan dalam kotak .. Selagi tak dipasang plastik kalis calar pada skrin kamera tu , selagi tu dia tak akan pasang .. Hari tu nak pasang , tapi harga dia mahal giler.. Tu plan nak cari kat kedai kamera biasa jer ..
Kamera yang dia dapat tu , mmg dia suka sangat .. Disimpan kemas dalam kotak .. Syukur dia suka walaupun tak la secanggih dslr .. Namun tetap terpamer senyum bangga..
Cuma satu lagi permintaan dia .. Sejak dulu dia mmg cukup risau dengan aku bila stering di tangan aku .. hehehe.. Dia mintak aku pandu kereta dengan cermat dan mengikut peraturan .. Gulp ..
Mmg tak dinafikan dia tak pernah ajar aku memandu.. motor atau kereta langsung dia tak benarkan aku pandu kecuali aku dh ada lesen.. Dan aku mula memandu pon selepas kawin.. tu pon kereta.. Lesen lama ada dah tapi tak nak kacau kereta orang ..
Hurm... " Satu lagi aku minta .. hang bawak kereta elok elok .. " Katanya yang terakhir...
Gambar -Bila Tergigit Halia
Pelajar UMT ( Universiti Malaysia Terengganu ) yang didakwa mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya > SINI ..
Dasat budak budak sekarang .. Kalau dia tak buat dan dianiaya , aku harap siasat segera dibuat .. kalau tindakan lambat diambil , gamaknya ramai pulak memandai ubah lirik kerana kebencian terhadap seseorang terutamanya berkaitan dengan politik .. Hurm..
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan mengenai kes ini .. Hurm.. cepat skit amik tindakan eh .. kang entah apa lagi yang akan berlaku.. Haih.. entahlah .. macam macam karenah .. > SINI
Blogger.com dengki kat aku nehhh.. Dah 2 hari tak keluar widget FOLLOWER aku.. huhu.. aku kerugian hampir beratus ratus follower la lagu nihh dan juga beribu trafik ... Ni yang buat aku mau saman diorg neh .. Huwaaaa....
Haih... asik problem jer blogger.com ! Apakah perlu aku berpindah ? Tak tak.. aku masih setia.. hehehhe... Hilang la sebulan pon , aku tak kisah.. tapi dalam hati aku kisah woo.. Yelah sasaran 20k sebelum hujung tahun nih.. kalau gini boleh rugi negara !
Tu la dia .. makin kaya makin tamak !! Entah sampai bila nak kaut keuntungan pon tak tau .. Kalau ikut dari latar belakang syarikat yang dinyatakan tu , sah sh dia tak hiraukan semua tu.. Yang dia tau , buncitkan lagi perut dia !!
Tu baru satu.. satu lagi tu.. Yang dok sibuk nak naikkan harga sewaan bulanan sehinggakan kerajaan dok berbincang lagi.. Aparaaa.. tu pon nak bincang lagi ? Kalau sana turun sini naik , apa kes ?? Mutu perkhidmatan bukanlah tip top pon ... sama je dua dua company ni.. Raih keuntungan sampai 10 keturunan tak abis !
Aku cerita apa ? Haa.. berita terkini hiburan sensasi !! Baru baca satu berita kat Bharian Online.. Menteri bidas satu syarikat telekomunikasi ni potong sumbangan wakaf al-Quran ! Melampau betul.. Tu pon dia nak potong keee... hampehhh...
Yelah , mmg takde free kat Malaysia ni tapi pe salahnya dia yang mulakan dulu.. Berapa sangat pon yang menderma tu.. Tu pon nk potong lagi keeer ... Grrrr... Kuda kepang tul !
Kata Menteri tersebut ..
" Ini bukan program Akademi Fantasia, tapi bagi menggalakkan orang ramai beramal dengan menyumbang," katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Dana Wakaf Al-Quran Sinar Sejagat 2, di sini.
Aku rasa kerajaan pon banyak bagi muka sangat kat syarikat syarikat besar dalam negara ni.. Tu yang naik lemak tu.. hurm.. Harap dapat sesuatu .. Jangan asik bidas dan bawak masuk meeting tapi takde jalan penyelesaian .. Kang ada lagi lak buat perhimpunan .. Ramai tak puashati ni... huhu..
Apa cerita ?? Aisey.. nak tau ke ? Baca SINI ..