" Baiklah.. saya doakan dia popular dalam masa terdekat ini dan mendapat kepopularitian yang diciarinya itu .. "
Maaf.. ini bukan entri sentap.. Aku harapkan dia berjaya sebab mmg aku kenal dia dari dulu.. Dan entri aku tadi ,
Dan dia keluarkan entri sentap .. Apakah untuk aku ? Jika dari komen tu , yer.. mmg untuk aku .. Aku marah ? Tak .. sbb dia masih belum matang .. dan aku faham..
Jadi dengan entri ni , aku harap dia akan dapat la banyak trafik .. InsyaAllah .. Boleh popular dalam masa yang singkat selepas ini.. Jangan risau , ini bukan entri memalukan sapa sapa cuma bagitau , jangan buat kesilapan seperti mana yang pernah aku buat dulu dan rakan aku , FF buat baru baru ini .. yang mana hampir membuatkan kitorang tutup blog terus !!!
Duit ? Yes.. mmg best .. hari ni ko dapat banyak .. Esok ? ko kena berusaha lagi lagi lagi dan lagi.. yang mana akhirnya ko ibarat bekerja keras untuk mereka ..
Kalau dia kata iklan di blog aku banyak , ya ..mmg banyak tapi jangan lupa .. Setiap iklan yang masuk tu la menyebabkan perlu mendapatkan trafik yang stabil setanding apa yang mereka bayar !!!
Baca entri keluhan sahabat kita ini , Faizal Fredley dan Penulis Senja .. Maaf , kerana aku terpaksa sebut nama untuk membuktikan bahawa pengalaman mematangkan kita dalam dunia blog ini ..
Aku minta maaf pada mereka yang terasa hati dengan entri aku.. Aku cuma nak bagitau , aku berblog bukan untuk hari ni atau esok .. Aku akan terus berblog selagi jari ini mampu menaip ! Samada dibayar atau tidak , menulis di blog adalah minat aku sekarang ... Esok lusa , wallahualam .. InsyaAllah ..
Huh.. baru pas solat terawikh .. haih..