Haaaa...Terkejut kan....aku pun terkejut..aku pasti ramai tak tau tentang ni....
Sebelum 31 Ogos 2011 , semua blog di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan blog blog yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang...haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Bagus gak kan kalau kena daftar ni.. kalau tak , jadi blogger haram la..hahahaha... Blog blog yang didaftarkan akan diberi sijil sah ..ala cam sijil HALAL JAKIM tu la... pastu leh letak kat dalam blog korang... setiap pembaca akan melihat dulu sijil tu baru boleh baca..kalau takde,jgn baca... haram disisi undang undang.. haaa.... leh ditangkap gambar woo...
Setiap blogger perlu melampirkan maklumat peribadi diri sendiri semasa mendaftar secara online...Anda perlu men'scan' ic anda , surat beranak anda , surat beranak kedua ibu bapa anda , bil elektrik anda dan juga perlu membuat surat secara bertulis , 'Mengapa anda nak berblog ! ' ...wow..i likeeeee....
Anda akan diberi masa 1 minggu untuk mendaftarkan bagi menentukan samada anda layak berblogging atau tidak.. jika gagal berbuat demikian , secara automatik blog anda akan di sekat.... waaa.. blog di blocked ??... cam besh je bunyi kan..
Memandangkan ramai blogger skang ni makin mengarut , ada baiknya peraturan ini diperkenalkan...ni asik baca pasal politik yang tah betul tah tidak....kita dok kena tipu jeek....pastu info info mengarut...dari mana tah kutip pun tak tau...pastu ada gak blogger yang dok citer pasal artis...apa giler ! artis pun nak diceritakannya..nak kumpul dosa ke ?
Baiklah , untuk daftarkan blog korang sila ke laman web rasmi iaitu di http://www.akutipujer.gov.my
Ok..sekian untuk berita jam 6 petang...jumpa lagi ..salam....
Gurau senda entri lama tetapi dikemaskini mengikut keadaan semasa .. Selamat berpuasa .. Sabar eh..
IKLAN
Klik SINI untuk melihat harga dan corak yang lain..