Cerita lanjut : DezamanCottage
tapi lain pulak ceritanya ..
Panglima ATM nafi wujud penyelewengan undi pos tentera
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera semalam bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.
Dalam sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, sebentar tadi, Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.
Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.
"Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.
"Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas," katanya. - Bharian