Asalkan bertayar ! Serius .. mmg kurang kesedaran sivik atau dalam bahasa kasarnya , KURANG AJAR !
Antara punca punca kemalangan di negara kita ni selain dari faktor masalah teknikal atau kecuaian pemandu ialah pemandu yang kurang ajar !
Pernah tak korang melalui pengalaman begini .. Di persimpangan lampu merah , kita yang 'beratur' sejak 10 minit tadi tiba tiba entah dari mana datang kereta terus potong queue dan berada depan kita tanpa rasa bersalah ! Jauh sekali nak angkat tangan minta maaf atau berterima kasih !
Dan banyak lagi la.. Contoh terbaik.. Tuuu . nak raya nanti.. berapa ramai yang berlumba lumba nak 'terbang' sampai ke kampung halaman ! Macam la kampung tu nak pergi mana mana !
Cuba tengok video kat bawah ni .. Belajar bersabar dan menunggu giliran .. Perhatikan .. Takde polis trafik.. takde lampu isyarat !