Memandangkan isteri aku yang tak boleh bau apa apa termasuk aku jugak , maka semalam selepas membeli ikan di pasar malam , gerai ikan yang aku tak tau nama pemiliknya maka tugas membersihkan darah darah yang ada pada ikan itu jatuh kepada aku !
" Ni nak bersihkan camana ??? "
Tulaa.. dulu masa kecik , sibuk main je ! Siap kata , tugasan dapur ni milik orang perempuan je.. Tugas lelaki , mudah je.. melepak sambil layan kartun .. Tu dulu laaaa.. pemikiran lelaki yang tak matang ..
Dan sekarang , baru padan muka ! Nak bersihkan ikan pun tak tau ??? Tapi berkat pengalaman aku sebagai seorang penonton tv yang setia dulu dulu , maka aku tau apa nak buat berdasarkan filem lakonan Hamid Gurkha yang mana dia bersihkan ikan siap dengan gosok gigi ikan tu sekali sebab gigi ikan tu kuning ! Boleh ?? Hahahha.. mampus cirit birit nanti !
Jadi semalam , sejarah tercipta .. aku membersihkan ikan bawal dua ekor dengan mengambil masa hampir 15-20 minit ! Perghhh.. macam bersihkan ikan jerung je gamaknya aku... Dah wife kata kasi ilang merah merah tu.. jadi aku sental kasi tinggal putih ! Mata dia yang merah tu , aku letak eyemore ..ok ?