PR1MA : Program Perumahan Rakyat 1Malaysia
PR1MA @ 11 Putrajaya
Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman
Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.
Amacam ? Menarik ? Nak tau apa syaratnya untuk memohon ?
SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON
- Warganegara Malaysia.
- 21 Tahun Ke atas.
- Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
- Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
- Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!
Kalau rasa-rasa layak , sila la mohon sekarang .. Klik SINI . Atau nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila layari http://www.pmo.gov.my/.