Jumlah satu satu FOLLOWER sesebuah blog selalu menjadi satu tarikan pada blogger baru terutamanya. Makin ramai bilangan followernya , maka dapatlah title blog 'panas' , 'top' , 'otai' dan sebagainya.
Follower ni sebenarnya bergantung pada konsep blog dan populariti blogger itu sendiri.
TOP 10 BLOGGER mengikut FOLLOWER
- Hanis Zalikha – 32242 Followers
- Fatin Liyana – 30935 Followers
- Zackzulkhairi – 23618 Followers
- Lyssa Faizureen – 22462 Followers
- Maria Elena – 22037 Followers
- Cik Epal – 21832 Followers
- Jejari Runcing – 20099 Followers
- Irine Nadia Marcelo – 20041 Followers
- Ben Ashaari - 18620 Followers
- The Other Khairul – 14289 Followers
sumber : FF
Makin ramai 'pengikutnya' , makin panaslah blognya. Namun ada yang mengatakan FOLLOWER ni tidak memberi faedah pada blog tersebut. Ini kerana , mereka akan mengaitkan dengan trafik dan komen yang ada di blog itu.
Sebenarnya , bagi aku FOLLOWER ni ada kelebihannya 'di luar sana'. Aku bukan cakap kosong. Pengalaman aku kebelakangan ini bila menghadari majlis majlis rasmi yang melibatkan media dan blogger mengajar aku erti kelebihan FOLLOWER ini.
Hurm.. aku cerita lebih pasal ni karang , ada pulak kata aku ajar blogger gilakan FOLLOWER .. Hehe..
Cuma yang menjadi isu mengenai FOLLOWER ini ialah cara mendapatkan FOLLOWER .. Tu je .. Yang itu seringkali dipertikaikan dan menjadi topik hangat antara blogger..
Tips nak dapatkan ramai FOLLOWER ialah , template blog ringkas tapi cantik dan isi kandungannya. Kalau ada tutorial di dalamnya lagi mudah dapat FOLLOWER. Tak kisah la apa pun tutorialnya.
Mengenai Follower , antara blogger lelaki dan perempuan , perempuanlah yang selalu bernasib baik. Kenapa ? Biasanya Follower akan mudah tertarik pada blog yang letak banyak gambar yang comel , cute dan cantik cantik belaka, kan ? Kelebihan pada blogger perempuan ialah blogger perempuan boleh posing posing gitu.. Kalau blogger lelaki ? Nak posing cam aku kat bawah ni ??
Bayangkan kalau ada blogger lelaki posing camni dalam blog mereka !
atau begini
mahupun begini
atau
dan
eh , ada lagi
Rujuk entri InI
Haaaaa.. korang rasa rasa la kan , boleh dapat ramai FOLLOWER tak kalau blogger lelaki pacak gambar camni ?
Confirm HAMPEH !
Maka beruntunglah blogger wanita .. Hehehe.. Tapi ingatlah yer.. Apa yang dipacakkan itu boleh mengundang masalah pada kemudian hari. :)
Gula mmg manis tapi berlebihan menjadi penyakit.. Begitu juga garam. Segalanya mesti bersederhana. Yang penting ialah kualiti dan bukannya kuantiti.
Apa apa pun , rezeki masing masing dan jangan sesekali jatuhkan orang lain untuk naik ke atas .
Selamat berblogging dan selamat berhujung minggu.