Kalau kita fikir-fikir kembali , sebenarnya kehidupan kita ni berputar .. Kes arak , maksiat , samseng , semua ni zaman dolo-dolo dah ada ! Ia datang dan pergi , kemudian datang lagi ..
Sewaktu di seminar tadi , kata-kata ahli panel membuka mata aku .. Memang benar pembikin filem ni jujur dan bukan seperti ahli politik .. Mereka menceritakan apa yg berlaku pada masyarakat kita sekarang ni .. Tapi apakah yang berlaku ini , baru baru berlaku atau sememangnya dari dulu lagi dah ada ? Bezanya cuma MASA !
KL GENGSTER .. Kalau tengok filem Anakku Sazali atau filem pendekar , dah ada samseng samseng tu .. Tapi nilai seni dalam filem tu .. Mana yang lagi bagus ? Mana yang benar-benar memberi pengajaran ? Aku tak nampak Anakku Sazali memaparkan unsur-unsur ganas tetapi punya elemen samsengnya yang tersendiri ! Cukup nampak yang mereka samseng tanpa perlu sebut LU GUA atau pergaduhan yang maha dasyat !
Dia kata , filem filem mat rempit ni wujud selepas wujudnya mat rempit.. Bukannya filem ni wujud dulu , baru ada yang terpengaruh lalu jadi mat rempit ! Apakah zaman P.Ramlee takde mat rempit ? Apakah zaman Hang Tuah takde mat rempit ? Mungkin motor takde , tapi sampan ada , lumba kerbau , lembu atau kuda .. Sapa tau kan ? Takkan anak anak zaman tu tak merempit guna sampai atau dah belajar merempit dengan berlumba main upih ??
Gambar hiasan
Dalam sejarah Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat , pelbagai contoh dan teladan mengenai manusia dah ada .. Pelbagai peristiwa dah menceritakan perangai manusia ni .. Al-Quran sebagai bukti … Setiap perlakuan manusia dah diceritakan disitu ..
Filem filem yg memaparkan pembuangan bayi , zina , maksiat .. apakah baru saja berlaku ? Kalau dikaji sejarah , zaman jahilliyah lagi dah wujud semua ni .. Takkan filem sekarang memaparkan apa yang berlaku sekarang ?
Bila bikin filem begini , lagi banyak banyak buruk dari yang baik .. Berapa ramai yg mampu berfikir seperti profesor atau mereka yg bergelar doktor ?
Kalau benarlah pembikin filem di negara kita jujur dan ikhlas maka bikinlah filem yang benar-benar memberi teladan dan pengajaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah .. Kreatif ! Apakah filem begitu tak mampu jual ?? Kata bikin filem , kreatif la ! Takkan nak ikut permintaan pasaran ?? Kita cipta la pasaran kita sendiri !
Boleh kira sebenarnya , mereka yang benar benar bikin filem kerana Allah ! Bak kata bos aku , dari kumpul dosa , baik cari kerja lain !
Ingat lagi ayat ahli panel tadi , “ Kalau tak suka .. tutup tv ! Jangan tengok wayang !” .. Bijak kata kata dia kan ? Mesti best kalau dia buat blog ..