Mandi bunga merupakan amalan tradisi yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya bagi wanita yang akan mendirikan rumah tangga. Ia dikatakan dapat menaikkan seri pengantin. Pelakon Lisa Surihani yang akan bernikah dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada Khamis (esok) tidak melepaskan peluang untuk mencuba amalan tersebut. Ibunya, Siti Amira Ahmad menyiram air campuran bunga sebagai memenuhi amalan turun temurun itu – Mstar
Majlis khatam Al-Quran diadakan oleh keluarga Lisa sebelum majlis pernikahan yang akan diadakan Khamis.Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan berkekalan hendaknya.
Bila terbaca pasal adat adat melayu yang masih lagi diamalkan ni , aku senyum. Bukan nak tolak atau nak buang cuma aku tak minat nak ikut sangat terutama bab bab yg ‘tidak perlu’ dan tak payah buat.. Maaf , bukan lupa adat resam tapi aku boleh fikir dah dan tau trick trick orang dulu kenapa dan mengapa mereka buat. Sapa nak ikut ,ikut la kan .. Asal jangan bercanggah dengan agama.
Camana pulak dengan mandi bunga ? Ada yg kata mengarut , ada yg kata bagus , ada yg kata perlu .. Korang camana lak ? Aku ada google dan jumpa sumber yg boleh dipercayai .. Antaranya dari artikal Dr.Asri ( DrMaza.com ) ;
“ Sama seperti ‘mandi bunga’, jika ia dilihat di sudut kesan herba kepada kesihatan, maka itu mungkin boleh diterima setelah dibuat kajian pakar. Namun jika disertai iktikad karut seperti boleh mempercepatkan jodoh, maka Islam menolak kebodohan yang seperti itu. Ertinya, budaya, adat atau kebiasaan sesuatu kaum boleh diteruskan, namun hendaklah dipastikan ia tidak mengandungi iktikad yang salah, atau amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. “
dan juga dari artikal ustaz Hafiz Firdaus ( rujuk SINI ) .
Bagi aku la kan .. kalau ada duit atau masa lebih tu , ok la kot .. saja kasi wangi untuk bakal suami kan ? Cuma diharap , lepas kawin pon terus wangi la yer walaupun selepas keluar dari dapur !